• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan LandCruiser 70 Series GXL Wagon Automatik di Australia Ditangguh- Permintaan Tinggi, Pengeluaran Terhad!

Tempahan LandCruiser 70 Series GXL Wagon Automatik di Australia Ditangguh- Permintaan Tinggi, Pengeluaran Terhad!

July 18, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Permintaan pelanggan yang tinggi dan tahap pengeluaran yang terhad telah mendorong Toyota Australia untuk menangguhkan pesanan pelanggan mulai 17 Julai 2025 bagi varian automatik LandCruiser 70 Series GXL Wagon.

Penghentian jualan hanya melibatkan satu model ini sahaja. Toyota memilih untuk menangguhkan pesanan bagi memberikan ketelusan sepenuhnya kepada pelanggan dan membolehkan pengedar menghantar pesanan sedia ada tepat pada masanya.

Menurut Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francise Toyota Australia, Sean Hanley, keputusan untuk menghentikan pesanan bagi varian LandCruiser 70 Series tunggal ini akan memberikan pelanggan lebih kepastian mengenai masa penghantaran untuk pesanan sedia ada.

“Kami tahu pada masa lalu, terutamanya melalui pandemik COVID-19 dan semasa kekurangan bekalan semikonduktor global, cabaran bekalan kenderaan menyebabkan tahap kekecewaan tertentu kepada pelanggan kami dengan masa menunggu penghantaran kenderaan baharu dilanjutkan dengan ketara,” kata Encik Hanley.

“Kami tidak mahu menjadi punca kekecewaan itu lagi, jadi bersama dengan rangkaian pengedar kami, kami komited untuk menguruskan sebarang isu bekalan dengan teliti bagi memberikan ketelusan sepenuhnya kepada pelanggan apabila isu di luar kawalan kami timbul.

“Kami terus bekerjasama dengan syarikat induk di Jepun untuk mengoptimumkan paras pengeluaran dan bekalan semua kenderaan Toyota bagi memastikan kami dapat memenuhi permintaan pelanggan Australia.

“Sejak LandCruiser 70 Series empat silinder baharu dilancarkan pada akhir 2023, kami telah melihat daya tarikannya semakin berkembang untuk pelanggan Australia dengan permintaan yang kukuh di seluruh rangkaian,” katanya.

Semua model LandCruiser 70 Series dikuasakan oleh enjin turbo-diesel empat silinder 2.8 liter Toyota engan pilihan transmisi manual lima kelajuan atau automatik enam kelajuan pada GXL Wagon, GXL Troop Carrier, GXL Double Cab Chassis, WorkMate Troop Carrier dan WorkMate Double Cab Chassis.

WorkMate Wagon dan semua model Single Cab Chassis ditawarkan dengan transmisi automatik sahaja.

Selain daripada GXL Wagon automatik, Toyota mempunyai bekalan yang stabil untuk semua varian lain dalam rangkaian LandCruiser 70 Series.

Pengedar Toyota mempunyai beberapa varian dalam stok untuk penghantaran segera, atau mampu menghantar pesanan baharu dalam tempoh lebih kurang dua hingga empat bulan bergantung pada varian.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Toyota, Toyota LandCruiser, Toyota LandCruiser 70 Series

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my