HYUNDAI Motor Malaysia (HMY) terus memperkukuh komitmen dalam pasaran tempatan dengan pelancaran dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) utama jenama itu, iaitu Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu.
Dua model itu bukan sekadar menjadi penyegar barisan produk Hyundai, tetapi refleksi kepada gaya hidup moden, berteknologi tinggi yang sesuai untuk keperluan harian rakyat Malaysia.
Dalam barisan terbaharu itu, SUV segmen-C, Hyundai TUCSON Baharu hadir dengan rupa dinaik taraf (facelift) lebih bergaya, dan lengkap dengan teknologi terkini, termasuk varian hibrid yang kali pertama untuk pasaran Malaysia.
Hyundai SANTA FE Serba Baharu pula sebagai SUV segmen-D/E dengan penampilan serba baharu dan tegap, yang ideal untuk keluarga aktif dan peminat aktiviti luar bandar.
1. HYUNDAI TUCSON BAHARU - SUV CANGGIH UNTUK GAYA HIDUP HARIAN
Rekabentuk TUCSON Baharu menampilkan bahasa rekabentuk Parametric Dynamics yang menjadikan SUV tersebut lebih moden dan dinamik.
Gril dark chrome yang tajam digabungkan dengan lampu siang (DRL) Parametric Jewel menjadikan rupa TUCSON Baharu tampil unik, tersendiri dan garang. Sekali pandang, tanpa perlu logo besar pun orang akan tahu itulah Hyundai.
Menjengah ruang dalaman mampu membuatkan sesiapa saja jatuh hati dengan unit infotainmen digital 12.3 inci dengan susun atur apung (floating console) yang mencipta suasana kabin bersih dan premium.
Rekabentuk papan pemuka melengkung ke bawah memberi kesan terbuka dan lapang, sesuai buat mereka yang mahukan keselesaan kelas pertama dalam SUV saiz sederhana.
Teknologi, Keselamatan dan Enjin, Semua dalam Satu SUV
Hyundai TUCSON Baharu hadir dalam empat varian untuk pasaran Malaysia, dengan tiga jenis trenkuasa termasuk hibrid:
• 2.0L Smartstream NA - Output kuasa 156ps, dan tork 192Nm
• 1.6L Turbo GDi - Output kuasa 180ps, dan tork 264Nm
• 1.6L Turbo Hybrid (HEV) - Output kuasa 235ps dan tork 367Nm, paling berkuasa dan jimat dalam barisan TUCSON Baharu.
Semua varian di atas dilengkapi sistem transmisi dual-klac (DCT) dalam pilihan pacuan dua roda (2WD) atau semua roda (AWD), mengikut varian.
Dari aspek keselamatan, semua varian dilengkapi pakej bantuan pemandu termaju Hyundai SmartSense, seperti:
• Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCA)
• Kawalan Halaju Adaptif Pintar (SCC)
• Pemantau Titik Buta (BVM)
• Monitor Pandangan Sekeliling (SVM)
• Bantuan Elak Perlanggaran Titik Buta (BCA)
• Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Susur Lorong (LFA)
Ya, TUCSON Baharu bukan saja direka untuk bergaya, tetapi juga melindungi penumpang, termasuk pemandu di dalamnya.
SESUAI UNTUK SIAPA?
Dengan rekabentuk moden dan fungsi fleksibel, TUCSON Baharu sesuai untuk:
• Profesional muda yang mahukan SUV versatil
• Keluarga kecil yang pentingkan ruang, keselamatan dan gaya
• Individu aktif yang perlukan SUV berkuasa dan praktikal
HARGA HYUNDAI TUCSON BAHARU DI MALAYSIA
Berikut harga Hyundai TUCSON Baharu mengikut varian untuk pasaran tempatan:
• 2.0L Style - RM143,888
• 1.6T Prime - RM164,888
• 1.6T Prestige - RM186,888
• 1.6 HEV Prestige - RM197,888
2. HYUNDAI SANTA FE SERBA BAHARU - SUV PREMIUM UNTUK KELUARGA, PENGEMBARAAN
Jika TUCSON Baharu ialah SUV harian yang lengkap, Hyundai SANTA FE Serba Baharu pula ditujukan kepada mereka yang mahukan lebih ruang, kuasa dan karakter.
SUV itu tampil dengan rekabentuk serba baharu yang berkotak, maskulin dan lebih lasak berbanding generasi terdahulu.
Rekabentuk unik lampu depan dan belakang bentuk 'H', but belakang terbesar dalam kelas, dan konfigurasi 6- atau 7-kerusi menjadikan SANTA FE Serba Baharu pilihan ideal untuk keluarga yang aktif, dan berjiwa kembara.
CIRI , TEKNOLOGI SANTA FE YANG MENYERLAH
Apa yang anda dapat dengan Hyundai SANTA FE Serba Baharu ini?
• Dua pengecas wayarles (pertama dalam kelas)
• Dulang UV-C sterilizer untuk sanitasi barangan kecil
• Unit infotainmen paparan digital 12.3 inci dan konsol tengah moden
• Enjin 2.5L Turbo AWD dengan output kuasa 281ps, dan tork 422Nm
• Enjin 1.6L Turbo Hybrid dengan output kuasa 235ps, dan tork 367Nm untuk kuasa dan kecekapan
HARGA HYUNDAI SANTA FE SERBA BAHARU DI MALAYSIA
Berikut harga Hyundai SANTA FE Serba Baharu untuk pasaran tempatan:
• HEV Prime - RM225,000
• HEV Prestige - RM245,000
• 2.5T Calligraphy AWD - RM270,000
KETENANGAN MINDA DENGAN HYUNDAI - WARANTI, SERVIS BERBALOI!
Setiap pembelian Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu diberikan pakej pemilikan yang sangat meyakinkan:
• Waranti selama 8 tahun / 160,000km
• Servis penyelenggaraan percuma untuk 8 kali servis*
• Baucar gaya hidup bernilai RM2,000 untuk pemilik Hyundai sedia ada*
* Tertakluk kepada terma dan syarat.
Ini bukti Hyundai bukan sekadar menjual kereta, tetapi mahu memastikan pengalaman pemilikan anda kekal selesa, dan berbaloi tanpa risau untuk jangka masa panjang.
JOM CUBA SENDIRI SUV BAHARU HYUNDAI!
Jika anda sedang mencari SUV yang boleh beri lebih daripada sekadar rupa, Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu patut berada dalam senarai pendek anda.
Tanpa mengira kegunaan harian atau gaya hidup hujung minggu, kedua-dua model tersebut nyata cukup lengkap untuk keperluan moden anda masa kini.
Jadi kunjungi pengedar Hyundai terdekat hari ini untuk pandu uji.
Atau layari laman web rasmi di pautan www.hyundai.com/my/en untuk maklumat lanjut dan promosi terkini. Juga jangan lupa ikuti saluran rasmi Hyundai Motor Malaysia untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini:
Facebook: Hyundai Motor Malaysia
Instagram: @hyundaimotormalaysia
TikTok: @hyundaimotormalaysia
YouTube: Hyundai Motor Malaysia
Leave a Reply