• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perjanjian Pengecualian Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa, Melawat 30 Hari Tanpa Visa!

Perjanjian Pengecualian Visa China-Malaysia Berkuat Kuasa, Melawat 30 Hari Tanpa Visa!

July 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


BERITA baik buat semua rakyat Malaysia dan China! Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia berkuat kuasa secara rasmi hari ini. Ini membolehkan warga kedua-dua negara melancong, melawat atau transit tanpa memerlukan visa selama hingga 30 hari bagi setiap lawatan.

Perjanjian itu dimeterai ketika lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia pada April lalu dan kini mula dilaksanakan secara rasmi di semua pintu masuk antarabangsa.

Siapa yang Layak?

bendera-china
bendera-malaysia
  • Warga China: Pemegang pasport urusan awam dan pasport biasa
  • Warga Malaysia: Pemegang pasport biasa

Lawatan tanpa visa untuk tujuan seperti:

  • Pelancongan
  • Lawatan keluarga dan sahabat
  • Urusan perniagaan
  • Program pertukaran dan urusan peribadi
  • Rawatan perubatan
  • Pengangkutan antarabangsa (anak kapal)

Tempoh maksimum setiap lawatan adalah 30 hari tanpa sebarang keperluan visa.

Lonjakan Pelancong China ke Malaysia

Sebelum ini, China sudah melaksanakan dasar pengecualian visa secara percubaan selama 30 hari bermula 1 Disember 2023 untuk pemegang pasport Malaysia.

Hasilnya, 3.8 juta pelancong dari China direkodkan melawat Malaysia sepanjang 2024, sekali gus menjadikan republik komunis itu sumber pelancong terbesar dari luar Asean.

China Kini Ada Perjanjian Pengecualian Visa dengan 158 Negara

Dengan pelaksanaan rasmi bersama Malaysia, China kini mengikat perjanjian bebas visa dua hala dengan 158 negara. Ini langkah yang dapat memperkukuh hubungan diplomatik dan ekonomi antara negara kuasa besar Asia itu dengan rakan dagang utama di rantau Asean.

Lebih Mudah ke China, Lebih Ramai ke Malaysia

Perjanjian pengecualian visa tersebut dijangka meningkatkan aliran pelancong, pelabur dan pelajar, sekali gus memberi impak positif kepada pelbagai sektor seperti:

  • Industri pelancongan dan hospitaliti
  • Perdagangan dan pelaburan dua hala
  • Pertukaran pelajar dan budaya
  • Penerbangan dan pengangkutan antarabangsa

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, China-Malaysia, Pengecualian Visa, Perjanjian Pengecualian Visa Bersama China-Malaysia, Visa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev