• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Top Secret VR32 Stealth GT-R Gegar Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025!

Top Secret VR32 Stealth GT-R Gegar Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025!

July 17, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Nama besar dalam dunia modifikasi Jepun, TOP SECRET, kembali gegarkan pentas Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL) 2025 dengan jentera ikonik mereka – VR32 Stealth Nissan GT-R. Acara berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos 2025 di MITEC, Kuala Lumpur.

Lebih menarik, legenda dan pengasas TOP SECRET sendiri – Smokey Nagata, akan hadir buat kali ketiga berturut-turut ke TAS KL untuk menemui peminat dan mempamerkan sendiri hasil kerja luar biasa ini.

Apa Itu VR32 Stealth GT-R?

Bayangkan enjin R35 GT-R 3.8L dengan kuasa 1,072hp disumbat ke dalam badan klasik BNR32 – itulah magis sebenar VR32 Stealth, satu-satunya di dunia hasil tangan Smokey sendiri.

Enjin ini dipadankan dengan turbo TOP SECRET BB800, rod penyambung JUN H-section, serta sistem transmisi dan casis dari R35. Untuk menampung kuasa ekstrem, casis R32 ini telah diperkuat dengan jahitan semula (stitch weld), roll cage dan ‘tube bracing’ khas di bawah fender hadapan.

Spec Ganas, Penampilan Padu

Dilbalut dalam warna Stealth Gray, kereta ini dilengkapi kit aero penuh TOP SECRET, suspensi NEKO Ver.SPL Ride Pitch Adjustment, spring SWIFT, dan sistem brek dari GT-R R35.

Ia dipasang rim OZ Racing Challenge HLT 18-inci (10J depan / 11J belakang) bersama tayar Bridgestone POTENZA RE71-RS 275/35-18 di keempat-empat sudut. Sistem brek pula menggunakan Brembo 6 pot depan & 4 pot belakangc dengan cakera 380mm.

R35 Luar & Dalam

Bukan sekadar swap enjin, bahagian dalaman turut menerima transplant penuh dari R35 termasuk papan pemuka, kluster meter, konsol tengah, dan panel pintu. Stereng TOP SECRET R35 GT-R dan meter boost TRUST Sirius menambah sentuhan akhir model raksasa ini.

Temui Smokey & Beli Barangan Rasmi

VR32 Stealth GT-R Smokey Nagata

Selain pameran VR32, peminat boleh membeli barangan rasmi TOP SECRET dan berpeluang bertemu Smokey Nagata secara langsung!

Harga Tiket Tokyo Auto Salon KL 2025:

  • RM48 (dewasa – 1 hari)
  • RM30 (kanak-kanak 6–12 tahun – 1 hari)
  • RM120 (pakej keluarga – 2 dewasa + 2 kanak-kanak)
  • RM120 (dewasa – pas 3 hari)
  • Diskaun 50% untuk pemegang kad OKU dan penjaga
  • Percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, layari www.tokyoautosalonkl.com atau ikuti saluran rasmi mereka di Facebook, Instagram & TikTok.

VR32 Stealth GT-R Smokey Nagata

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kuzuhiko 'Smokey' Nagata, Tokyo Auto Salon, Tokyo Auto Salon (TAS) 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my