• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda HR-V 2025 Baharu Sudah Mendarat! Kini Lebih Bijak, Praktikal

Honda HR-V 2025 Baharu Sudah Mendarat! Kini Lebih Bijak, Praktikal

July 17, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

HONDA Malaysia secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V 2025, versi dipertingkat (facelift) untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM115,900.

Sejak diperkenalkan pada 2015, Honda HR-V mencatat lebih 170,000 unit jualan di Malaysia, dan kini menguasai 41 peratus pasaran SUV B-segmen bukan nasional di pasaran tempatan.

CEO Honda Malaysia: Sesuai Gaya Hidup Pemanduan Masa Kini

HR-V baharu ini adalah evolusi berani daripada model kegemaran rakyat Malaysia. Ia menggabungkan elemen sporty, inovasi serta praktikaliti pintar yang sesuai dengan gaya hidup pemandu masa kini." - Narushi Yazaki, Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia

Pelancaran kali ini juga bertepatan sambutan 21 tahun teknologi hibrid Honda di Malaysia yang mencerminkan komitmen jenama itu terhadap mobiliti lestari dan produk berorientasi pelanggan.

Rekabentuk Luaran Lebih Tegap, Sporty

Honda HR-V 2025 facelift tampil dengan gril depan baharu yang disepadukan dengan lampu utama LED penuh dan sistem Lampu Belok Aktif (ACL), untuk varian RS sahaja.

Rekaan lampu belakang jalur penuh LED menjadikan penampilan lebih moden dan yakin. Semua varian kini didatangkan dengan rim aloi dwi-tona 18 inci, manakala varian e:HEV RS menerima pakej RS untuk gaya lebih garang.

Kabin Praktikal, Mewah


Ruang dalaman Honda HR-V 2025 facelift kini lebih premium dan ergonomik dengan varian e:HEV RS mendapat kerusi sporty dengan sulaman RS.

Konsol tengah turut direka semula yang kini dilengkapi pengecas wayarles, dan unit infotainmen jenis apung 8-inci dengan fungsi serta paparan dipertingkat.

Semua varian kini menyokong konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles. SUV subkompak itu turut disokong port USB Type-C depan dan belakang.

Juga dilengkapi Sistem Agihan Udara (ADS) unik untuk mengagihkan udara lebih sekata dan selesa. Ruang kabin HR-V juga cukup luas dan fleksibel yang sesuai untuk pemandu dan penumpang.

Pilihan Enjin, Prestasi

Ada tiga pilihan trenkuasa:

  • 1.5L DOHC i-VTEC - Output kuasa 121ps, dan tork 145Nm, sesuai untuk pemanduan harian yang ekonomi.
  • 1.5L VTEC Turbo – Output kuasa 181ps, dan tork 240Nm, sesuai untuk prestasi bertenaga dan responsif.
  • 1.5L e:HEV - Output kuasa 131ps, dan tork 253Nm, gabungan kuasa hibrid dan kecekapan serta anjakan lancar antara mod EV, hibrid dan enjin.

Tiga mod pandu turut disediakan: ECON, Normal, dan Sport yang membolehkan pemandu menyesuaikan gaya pemanduan mengikut keperluan.

Ciri Keselamatan, Konektiviti Moden

Ciri keselamatan kini lebih menyeluruh dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Honda SENSING dibekalkan sebagai standard untuk semua varian. Varian RS mendapat tambahan Lampu Pandu Adaptif (ADB) untuk varian RS.

Teknologi Honda CONNECT turut diperluas pada varian S dan E, yang menjadikan pengalaman pemanduan lebih pintar dan terkawal.

Harga Honda HR-V 2025 Facelift (Tanpa Insurans)

Berikut harga semua varian ditawarkan Honda HR-V 2025 facelift:

  • S - RM115,900
  • E - RM130,900
  • V - RM137,900
  • e:HEV RS - RM143,900

SUV subkompak itu tersedia dalam lima warna menarik, termasuk dua pilihan baharu: Phoenix Orange Pearl (jingga), dan Crystal Black Pearl (hitam), dan warna sedia ada seperti Platinum White Pearl (putih), Meteoroid Gray Metallic (kelabu) dan Stellar Diamond Pearl (biru cerah).

Model ini boleh ditatap dan dipandu uji di semua pengedar sah Honda Malaysia seluruh negara. Maklumat lanjut boleh layari laman web  www.honda.com.my atau hubungi talian 1-800-88-2020.

(Ciri khas varian RS dengan tambahan RM800 untuk warna Pearl)

Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
honda-hrv-2025-malaysia-33
honda-hrv-2025-malaysia-28
honda-hrv-2025-malaysia-25
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
v
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
honda-hrv-2025-malaysia-61
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
honda-hrv-2025-malaysia-59
honda-hrv-2025-malaysia-57
honda-hrv-2025-malaysia-46
honda-hrv-2025-malaysia-44
honda-hrv-2025-malaysia-42
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
honda-hrv-2025-malaysia-40
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift
Honda HR-V 2025 facelift

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: CEO Honda Malaysia, Honda HR-V, Honda HR-V 2025, Honda HR-V 2025 Facelift, Honda Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev