• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Empat Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) Baharu Mula Operasi Tiga Bulan Lagi!

Empat Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) Baharu Mula Operasi Tiga Bulan Lagi!

July 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PEMILIK kenderaan persendirian tidak lama lagi akan mempunyai lebih banyak pilihan lokasi untuk menjalani pemeriksaan tukar hak milik kenderaan (MV15) apabilaKementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan empat syarikat baharu yang dilantik sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM).

Langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan di Puspakom, terutana urusan pemeriksaan kenderaan persendirian, selaras keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Mac 2023.

Empat PPKM Baharu Dilantik

Empat syarikat dilantik sebagai PPKM dengan fungsi khusus bagi pemeriksaan MV15 ialah

  • Carro Technology Sdn Bhd
  • Carsome Academy Sdn Bhd
  • Wawasan Bintang Sdn Bhd
  • Beriman Gold Sdn Bhd

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelantikan ini akan memecahkan monopoli Puspakom dan memberi Pengguna alternatif lain yang lebih pantas dan efisien untuk pemeriksaan tukar milik kenderaan.

Langkah ini membolehkan pemilik kenderaan persendirian membuat pemeriksaan tanpa perlu bersesak dengan kenderaan berat di Puspakom. Ia juga memudahkan urusan jual beli kenderaan dalam pasaran.” katanya.

Beroperasi Tiga Bulan Lagi

Walaupun pelantikan diberikan secara kelulusan bersyarat selama 12 bulan, terdapat syarikat yang menyatakan kesediaan untuk beroperasi seawal tiga bulan dari sekarang, bergantung kepada kelulusan dan persediaan infrastruktur masing-masing.

Apa Fungsi PPKM?

  • Pemriksaan tukar hak milik (MV15) kenderaan persendirian sahaja.
  • Fokus kepada pengurangan masa menunggu dan pengasingan kenderaan ringan daripada kenderaan berat
  • Menambah lokasi pemeriksaan alternatif selain Puspakom
  • Menyokong pertumbuhan pasaran kenderaan terpakai secara lebih efisien dan telus

Akses Lebih Luas, Pilihan Lebih Banyak

Langkah pelantikan PPKM baharu itu dijangka memberi impak positif kepada pengguna dan industri automotif secara keseluruhan.

Dengan lebih banyak pusat pemeriksaan, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan, lokasi, dan jadual untuk membuat pemeriksaan tanpa bergantung kepada satu saluran sahaja.

Pemeriksaan Tukar Hak Milik Kini Lebih Mudah, Cepat

Langkah berani dan progresif MOT tersebut jelas menunjukkan komitmen Kerajaan dalam memudahkan urusan rakyat sambil memastikan sistem pemeriksaan kenderaan kekal efisien, selamat, dan telus.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev