KETIKA pelancaran model baharu Chery Tiggo Cross pada 9 Julai lalu, Chery Malaysia mengumumkan langkah penting dalam pembangunan komuniti dengan menyumbang RM50,000 kepada Tabung Amanah Sukan Negara (KWASN).
Sumbangan itu mencerminkan misi berterusan jenama automotif China tersebut dalam menyokong dan meraikan bakat tempatan yang bukan saja di jalan raya tetapi juga arena sukan negara.
Fokus Sokongan Jangka Panjang
Chery Malaysia turut mengumumkan sebahagian hasil jualan setiap unit Chery Tiggo Cross yang terjual tahun ini akan disalurkan kepada KWASN bagi memastikan sokongan jangka panjang terhadap pembangunan sukan negara.
Di Chery kami percaya prestasi bukan sekadar mengenai kenderaan, tetapi juga tentang memperkasa insan. Melalui inisiatif ini, kami mahu membantu lebih ramai atlet dan organisasi sukan tempatan untuk terus melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa." - Michael Chew, Naib Presiden Chery Malaysia
Usaha Konsisten dalam Arena Sukan Malaysia
Ini bukan kali pertama Chery Malaysia terlibat dalam dunia sukan tempatan. Pada 2024, syarikat itu menghadiahkan kenderaan baharu kepada atlet Malaysia yang meraih pingat di Sukan Olimpik Paris sebagai tanda penghargaan terhadap usaha dan kejayaan mengharumkan nama negara.
KWASN ialah dana amanah awam yang ditubuhkan untuk menyediakan geran kepada program dan aktiviti sukan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.
Ia juga menyokong penyertaan atlet, sama ada bawah naungan persatuan sukan kebangsaan atau secara bebas dalam kejohanan dunia dengan matlamat meningkatkan kedudukan Malaysia dalam ranking global.
Chery Ajak Sektor Swasta Lain Sertai Usahasama
Chery Malaysia turut menggesa lebih banyak syarikat swasta bersama menyumbang dalam mewujudkan ekosistem sukan yang mampan dan inklusif.
Selain menyumbang kepada KWASN, Chery juga aktif menyokong inisiatif akar umbi sukan seperti badminton, bola sepak, berbasikal, larian dan sukan pickleball, sejajar matlamat memperkasa gaya hidup sihat dalam kalangan belia.
Chery Tiggo Cross Dapat Sambutan Hangat, Lebih 1,000 Tempahan
Sejak pelancaran, Chery Tiggo Cross mencatat lebih 1,000 tempahan yang membuktikan sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu itu.
Ditawarkan pada harga bermula RM88,900 (Semenanjung Malaysia) bagi varian 1.5L Turbo dan RM99,800 (1.5L Hybrid CSH), kedua-dua varian berkenaan kini boleh dipandu uji di semua bilik pameran Chery seluruh negara.
Sukan Negara, Tanggungjawab Bersama
Insiatif itu menunjukkan bagaimana jenama automotif bukan saja boleh memberi impak di jalan raya, tetapi juga dalam membina masa depan sukan tanah air.
Dengan penglibatan aktif dalam program belia dan sukan, Chery membuktikan komitmen pengeluar itu dalam menyokong pembangunan negara secara menyeluruh.
- Maklumat lanjut Chery TIGGO CROSS boleh layari www.chery.my
- Ketahui lebih lanjut mengenai KWASN di www.kbs.gov.my/utama-kwasn
Leave a Reply