MG Motor Jalan Kelang Lama (Reiwa Motors Sdn Bhd) mengumumkan acara eksklusif MG Cyberster Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini.
Acara itu akan berlangsung jam 10 pagi hingga 5 petang di bilik pameran yang terletak di No 2, Lot 397, Lorong Jugra, Off Jalan Kelang Lama, Seksyen 99, 58100 Kuala Lumpur.
Acara tersebut turut memberi peluang kepada orang ramai menjadi antara terawal di Malaysia merasai sendiri pengalaman memandu MG Cyberster, iaitu roadster elektrik pertama dunia yang kini ditawarkan dalam dua varian, pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).
Dua Varian, Dua Gaya Pemanduan
MG Cyberster tampil dengan rekabentuk futuristik dan agresif yang memikat mata, lengkap dengan pilihan prestasi luar biasa.
RWD (pacuan roda belakang)
- Output kuasa 340ps, dan tork 475Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 5 saat
- Rim 19 inci dengan brek Brembo
AWD (pacuan semua roda)
- Output kuasa: 503ps, dan tork 725Nm
- Pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat
- Rim 20 inci
- Pintu gunting (scissor door), sistem audio Bose, dan pakej keselamatan MG Pilot
Kedua-dua model menggunakan bateri 77kWj dengan jarak pemanduan hingga 508km, dan tempoh pengecasan pantas (DC) 10-80 peratus mengambil masa 38 minit.
Pengalaman Eksklusif Hanya di MG Motor Jalan Kelang Lama
Sebagai satu daripada 25 pengedar sah MG Motor seluruh negara, MG Motor Jalan Kelang Lama turut menyediakan kemudahan Cyberster Garage yang lengkap dengan peralatan diagnostik canggih, alat ganti tulen, dan pasukan juruteknik terlatih bagi memastikan pemilik Cyberster menerima servis terbaik.
Hadiah Eksklusif Menanti
Pelanggan yang membuat tempahan ketika acara nanti akan menerima:
- Pakej pengecasan tanpa had selama setahun dengan JomCharge (termasuk fungsi AutoCharge)
- Pengecas dinding AC Wallbox 7kW
- Model miniatur MG Cyberster edisi terhad
- Cenderahati eksklusif MG
Turut disediakan sesi pandu uji model popular MG seperti MG S5 EV, MG5, MG4 dan MG HS, termasuk jamuan ringan dan bengkel MG Cyberster untuk pengunjung yang mahu tahu lebih lanjut mengenai teknologi dan penyelenggaraan model berkenaan.
Jom Rasai Revolusi Roadster Elektrik
Jika anda peminat kereta prestasi tinggi atau penggemar kenderaan elektrik (EV) yang mahukan kelainan, MG Cyberster adalah jawapan yang tepat. Jangan lepaskan peluang menjadi antara terawal melihat dan memandu uji model EV itu nanti.
- Lokasi: MG Motor Old Klang Road
- Tarikh: 19 dan 20 Julai 2025
- Masa: 10 pagi - 5 petang
Leave a Reply