SYARIKAT kenderaan elektrik (EV) tempatan, Blueshark Malaysia hari ini mengumumkan promosi prapelancaran motosikal elektrik, SoloEra Solo 1C pada harga serendah RM599 sahaja!
Inisiatif itu hasil kerjasama strategik Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), aplikasi Mesra Rewards, dan Setel yang bertujuan memperluas akses rakyat kepada mobiliti elektrik mampu milik dan lestari.
Apakah SoloEra Solo 1C?
Solo 1C ialah model pertama daripada tiga motosikal elektrik baharu di bawah jenama SoloEra, iaitu subjenama baharu Blueshark, khusus untuk menjadikan mobiliti elektrik lebih inklusif dan berkualiti tinggi pada harga lebih mesra rakyat.
Harga promosi itu tertakluk kepada syarat seperti:
- Tertakluk rebat MARiiCas bernilai RM2,400
- Terbuka kepada ahli Mesra Rewards dan pengguna Setel
- Tempahan menerusi www.mymesra.com.my atau aplikasi Setel
- Sah dari 15 Julai hingga 16 September 2025 (atau selagi stok masih ada)
Syarat Tempahan, Pakej Sokongan
Bagi menikmati harga luar biasa itu, pembeli mesti:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai lesen motosikal B2 sah
- Memohon rebat MARiiCas (tertakluk kuota)
- Melanggan pelan sewa bateri 5 tahun (RM59/sebulan)
- Melanggan pakej sambungan pintar (RM10/sebulan)
Tanpa rebat MARiiCas, harga motosikal elektrik itu ialah RM2,999, tidak termasuk pelan sewa bateri dan langganan.
Spesifikasi SoloEra Solo 1C
- Kuasa motor 2,000W
- Bateri Litium-Besi-Fosfat (LFP Gen-2)
- Jarak tunggangan (NEDC) hingga 101km
- Kelajuan maksimum 75kmj
- Sokongan cas soket 3-pin biasa dan bateri boleh ganti (akan datang)
- Ada empat mod tunggang, termasuk Bantuan Motor
- Dilengkapi fungsi pintar App-enabled, kawalan Bluetooth, telematik, antikecurian, carian motosikal (Find My Vehicle)
- Ada tiga warna pilihan: Nebula Green (hijau), Nova Orange (jingga), dan Lunar White (putih)
Dibuat untuk Rakyat Malaysia
Model pemasangan tempatan (CKD) akan bermula seawal Julai 2025 di fasiliti EP Manufacturing Berhad (EPMB), Glenmarie, yang menjadikan SoloEra sebagai motosikal elektrik 'Buatan Malaysia' untuk rakyat Malaysia.
SoloEra bukan sekadar jenama. Ia revolusi rakyat. Kami mahu semua penunggang tanpa mengira latar belakang boleh menikmati kelebihan elektromobiliti. Inilah misi Blueshark: Tiada Penunggang yang Tercicir."
- Jeff Chong, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Blueshark Malaysia
Kesan Lestari, Aspirasi Net Zero
Soloera Solo 1C berpotensi mengurangkan emisi karbon sebanyak 3,500kg CO₂ setahun (90 peratus lebih rendah) berbanding motosikal petrol 150cc. Inisiatif itu juga menyokong matlamat Kerajaan mencapai 20 peratus penggunaan EV menjelang 2030.
Gabungan rebat MARiiCas dan model SoloEra bakal mempercepat penggunaan EV di Malaysia. Inilah kuasa kerjasama awam-swasta demi masa depan rendah karbon."
Azrul Reza Aziz, CEO MARii
Bagaimana Tempah?
- Layari www.mymesra.com.my
- Atau muat turun aplikasi Setel di Apple App Store atau GooglePlay (Android)
- Mohon rebat MARiiCas di https://insentif.marii.my/mariicas
Leave a Reply