• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / 10 Sorotan Menarik dari Goodwood Festival of Speed 2025

10 Sorotan Menarik dari Goodwood Festival of Speed 2025

July 15, 2025 By Shazwan Hisham Leave a Comment

FacebookTwitter


ACARA Goodwood Festival of Speed (FoS) 2025 kembali menggegarkan dunia permotoran, terutama di Amerika Syarikat (AS) dengan pelbagai aksi luar biasa, pelancaran kereta baharu dan sejarah automotif yang dihidupkan semula di depan mata.

Berikut 10 detik paling mencuri tumpuan sepanjang festival tahun ini.

1. Koenigsegg Sadair’s Spear Catat Rekod Baharu

Koenigsegg Sadair's Spear di Goodwood Festival of Speed 2025
Koenigsegg Sadair's Spear di Goodwood Festival of Speed 2025

Dengan output kuasa 1,603hp dan casis ultra ringan, Koenigsegg Sadair’s Spear secara rasmi menjadi kereta pengeluaran terpantas menakluki laluan mendaki Goodwood menerusi catatan masa 47.14 saat, sekali gus mengatasi pemegang rekod sebelum ini, Czinger 21C (1.68 saat lebih pantas).

2. Hyundai IONIQ 6 N Spesifikasi Drift

Hyundai IONIQ 6 N di Goodwood 2025
Hyundai IONIQ 6 N di Goodwood 2025

Hyundai mengejutkan pengunjung apabila memperkenalkan IONIQ 6 N 2026, iaitu kesinambungan kepada IONIQ 5 N yang popular. Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik itu hadir dengan prestasi drift lebih mengujakan dan sistem anjakan gear virtual lebih realistik. Ini satu lagi kenderaan elektrik (EV) berjiwa sporty dari Korea.

3. Toyota Dedah Kereta Supercar Baharu

Toyota GT Concept di Goodwood 2025
Toyota GT Concept di Goodwood 2025

Toyota mengesahkan projek misteri, iaitu kereta sport enjin depan yang dibangunkan sebagai asas kepada jentera lumba GT3 baharu. Sama ada dinamakan GR GT3 atau Lexus LFR, model tersebut dijangka menggunakan enjin V8 turbo kembar yang digarap divisyen prestasi GAZOO Racing (GR).

4. Perarakan Jentera F1 Bersejarah

Jentera F1 di Goodwood 2025
Jentera F1 di Goodwood 2025

Sambutan ulang tahun Frmula Satu (F1) ke-75 diraikan meriah di Goodwood dengan kehadiran tujuh juara dunia bersama pelbagai jentera F1 klasik dan moden yang menjadi antara tumpuan terbesar acara kali ini dari segi visual dan deruman enjin!

5. Detik Emosional Hollie McRae

Sempena ulang tahun ke-30 kejayaan Colin McRae memenangi Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Subaru Impreza L555 BAT milik beliau kembali mendaki bukit yang kali ini dipandu Jon Armstrong dengan anak mendiang, Hollie McRae duduk di kerusi penumpang sebagai penghormatan penuh emosi.

6. James Deane Beraksi Drift Penuh Gaya

Juara FD, Jamea Deane di Goodwood 2025
Juara FD, Jamea Deane di Goodwood 2025

Juara Formula Drift (FD), James Deane memberikan persembahan drift paling mengagumkan tahun ini dengan jentera Ford Mustang RTR miliknya. Setiap inci trek digunakan sepenuhnya seperti aksi berani melalui selekoh flint wall dengan sudut tayar maksimum.

7. Ford F-150 SuperTruck Juara Timed Shootout

Ford F-150 Lightning SuperTruck berkuasa 1,400hp dan aerodinamik ekstrem menjuarai acara Timed Shootout. Trak pikap elektrik itu dipandu pelumba veteran, Romain Dumas dan mencatat sejarah selepas kejayaan di Pikes Peak.

8. BMW M3 CS Touring Tergelincir di Litar

Tidak lengkap Goodwood tanpa insiden. Tahun ini, sebuah BMW M3 CS Touring tersasar selepas selekoh pertama hingga melanggar jerami. Nasib baik kerosakan tidak serius yang menjadi peringatan bahawa jentera pacuan semua roda (AWD) pun tidak semestinya terselamat daripada rasa malu.

9. Mazda RX-7 Tokyo Drift Dilelong Lebih RM5 Juta

Sebuah Mazda RX-7 Veilside daripada filem Tokyo Drift dilelong pada harga sekitar £800,000 (RM5 juta) di acara lelongan Bonhams, sekali gus mencatat rekod baharu RX-7 yang membuktikan populariti model domestik Jepun (JDM) dalam pasaran koleksi global.

10. Pagani Huayra R Evo - V12 yang Menyentuh Jiwa

Tidak dapat diungkap, Pagani Huayra R Evo versi bumbung terbuka dengan enjin aspirasi natural (NA) V12 6.0L 'mengaum' kuat sepanjang bukit Goodwood. Penonton sepanjang laluan dapat menikmati deruman enjin yang jarang didengar hari ini.

Goodwood 2025 sekali lagi membuktikan kenapa acara itu wajib dikunjungik setiap peminat dunia automotif.

SUMBER: CarThrottle

202-subaru-impreza-555-alister
act_0988_ioniq6-n-front-3quarter_hr.jpg
BMW-M3-CS-Touring-crash-Goodwood.jpg
hq720
vaughn-gittin-jr-mustang-rtr-festival-of-speed-video-goodwod-25062021
visa-cash-app-racing-bulls-at-the-festival-of-speed-2025-ph-by-max-carter-2.jpg
WhatsApp Image 2025-07-15 at 1.03.04 PM (1)
WhatsApp Image 2025-07-15 at 1.03.04 PM (2)
WhatsApp Image 2025-07-15 at 1.03.04 PM
WhatsApp Image 2025-07-15 at 12.58.24 PM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: auto show, Auto Terkini, Formula 1, FoS 2025, Goodwood Festival of Speed, Koenigsegg, Pameran Auto

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
    Blueshark Malaysia Umum Prapelancaran SoloEra Solo 1C 2025, Harga RM599!
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
  • Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
    Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev