• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

Prasarana Lancar 310 Bas Diesel Rapid KL, Rapid Penang Baharu!

July 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Bas Rapid diesel baharu Prasarana

RAPID Bus Sdn Bhd hari ini menerima kumpulan akhir 310 unit bas diesel baharu di bawah 'Program Penggantian Bas', yang bakal memulakan operasi secara berperingkat penghujung Julai 2025.

Langkah itu sebahagian pelan strategik Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk memperkukuh sistem pengangkutan awam negara, terutama di Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Bas Baharu Ganti Unit Lama, Naik Taraf Perkhidmatan

Ketua Pegawai Operasi (COO) Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata, penambahan bas itu penting bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan yang cekap dan selamat, terutama ketika Rapid Bus sedang merancang peralihan kepada bas elektrik mulai 2026.

Bas diesel amat diperlukan bagi menampung keperluan operasi semasa dan menggantikan unit lama yang sudah tidak lagi memenuhi pelan operasi. Ini akan meningkatkan lagi pengalaman pengguna," katanya.

Spesifikasi Bas Diesel Baharu Rapid Bus

Bas Rapid diesel baharu Prasarana
Bas Rapid diesel baharu Prasarana

Sebanyak 100 unit daripada 310 unit bas baharu ini berukuran 12 meter panjang, mampu memuatkan 60 penumpang pada satu masa, dan akan beroperasi berperingkat hingga suku pertama 2026.

Malah semua bas itu mematuhi piawaian pelepasan Euro5, sekali gus membantu mengurangkan pencemaran udara dengan mengawal emisi gas nitrogen oksida (NOx). Ini langkah ke arah bandar lebih bersih dan sihat untuk didiami.

Tambahan: Bas Kecil 8.9 Meter untuk Kawasan Padat

Bermula suku ketiga 2025, Rapid Bus turut akan memperkenal bas diesel bersaiz 8.9 meter, khusus untuk kawasan berpenduduk padat dan jalan sempit. 

Ini usaha pintar untuk memperluas capaian pengangkutan awam ke kawasan yang sebelum ini sukar dicapai.

Menuju Masa Depan Lebih Hijau

Rapid Bus juga memberi jaminan peralihan kepada bas elektrik tetap menjadi matlamat utama, dan pelaksanaan akan bermula pada 2026. 

Fasa itu disokong dengan pembangunan fasiliti pengecasan serta latihan teknikal untuk memastikan peralihan berjalan lancar.

Lebih Mesra, Pengguna Selesa

Penerimaan kumpulan akhir bas diesel bukan sekadar menambah jumlah bas di jalan raya, tetapi transformasi menyeluruh dalam usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam negara.

Dengan ciri lebih moden, patuh piawaian alam sekitar, dan fokus terhadap kelestarian jangka panjang, Rapid Bus bersedia membawa rakyat Malaysia ke destinasi lebih selesa, cekap dan mesra alam.

Bas Rapid diesel baharu Prasarana
Bas Rapid diesel baharu Prasarana
Bas Rapid diesel baharu Prasarana
Bas Rapid diesel baharu Prasarana

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas RapidKL, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Rapid Bus Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev