• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!

Marshal Konvoi Motosikal Pakai Jaket Polis di Nilai Boleh Didenda Maksimum RM5k, Penjara Setahun!

July 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Konvoi motosikal guna marshal pakai jaket polis di Nilai.
AKSI konvoi motosikal yang dilihat menghalang laluan kenderaan lain di lebuh raya bukan saja menimbulkan rasa marah pengguna jalan raya lain, tetapi sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, individu yang terlibat dalam konvoi seperti ini boleh didakwa bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Hukuman Jika Sabit Kesalahan

  • Denda minimum RM1,000 hingga maksimum RM5,000
  • Penjara tidak kurang setahun
  • Atau kedua-duanya sekali

Marshal dan Pengiring Tidak Dibenarkan

Mohd Yusri menegaskan setiap konvoi atau pergerakan berkumpulan wajib dimaklumkan kepada JSPT untuk tujuan penyelarasan dan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Jika tiada kelulusan dan bantuan keselamatan dari JSPT, peserta konvoi perlu patuhi peraturan lalu lintas sedia ada. Tiada pengiring atau marshal dibenarkan."

Video Tular Cetus Isu

@turtleispenyuAku pagi2 auto baran tau. Pakai vest ada tulis POLIS/AADK automatic boleh block2 jalan, tahan kete lori atas highway ke?!!♬ original sound - Hunter 🎣

Terdahulu, tular video menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal berkumpulan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Nilai, Negeri Sembilan yang menggunakan marshal tidak rasmi berjaket keselamatan kuning.

Konvoi tersebut dikatakan bergerak dari Kuala Lumpur menuju selatan tanah air dan tindakan mereka jelas mengganggu aliran trafik lebuh raya.

Pesanan Tegas JSPT

Mohd Yusi turut mengingatkan:

  • Semua kenderaan bergerak perlahan wajib berada di lorong kiri
  • Jangan halang laluan kenderaan lain yang lebih laju
  • Jaga toleransi dan keselamatan semasa berkongsi jalan raya
  • Pejalan kaki, penunggang basikal dan pengguna bermotor perlu patuhi aliran trafik tanpa mengganggu pengguna lain

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Konvoi Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev