• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

July 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Parkir kereta di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
BERMULA 1 Ogos ini, kutipan bayaran parkir di empat kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor akan diuruskan syarikat konsesi baharu dilantik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor, iaitu Rantaian Mesra Sdn Bhd.

Senarai empat PBT terlibat dalam fasa pertama pelaksanaan ialah:

  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
  • Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
  • Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Hasil Kutipan Parkir Dijangka Meningkat

Situasi parkir berlapis di Petaling Jaya
Situasi parkir berlapis di Petaling Jaya.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, sistem kutipan parkir sedia ada hanya mengutip sekitar 30 peratus daripada lebih 1,000 petak disediakan.

Melalui pelaksanaan konsesi baharu ini, Kerajaan Negeri mensasarkan peningkatan kutipan melebihi 60 peratus.

Syarikat konsesi akan mengambil alih kutipan dan penguatkuasaan bayaran parkir. Mereka akan dipantau secara ketat PBT dan Kerajaan Negeri."

Pembahagian Hasil Kutipan Parkir

Daripada jumlah kutipan diperoleh, pembahagiannya adalah seperti berikut:

  • 50 peratus untuk syarikat konsesi
  • 40 peratus untuk PBT
  • 10 peratus untuk MBI Selangor

Isu Tender Tertutup? Bukan!

PBT Selangor laksana zon parkir dua jam
Beberapa PBT Selangor sudah melaksanakan zon parkir dua jam.
PBT Selangor laksana zon parkir dua jam

Menjawab dakwaan kononnya pelantikan dilakukan secara rundingan terus, Suee Lim menafikan sekerasnya dan menjelaskan pelantikan dibuat secara profesional melalui proses permintaan untuk cadangan (RFP).

Sebanyak 26 syarikat menyatakan minat untuk sektor ini dan akhirnya tiga syarikat disenarai pendek sebelum pemilihan dibuat."

Beliau turut menjelaskan syarat ketat dikenakan ke atas konsesi dan pembatalan kontrak boleh dilakukan bila-bila masa jika gagal memenuhi prestasi ditetapkan walaupun tempoh kontrak diberikan selama 10 tahun.

Tiada Kenaikan Caj Parkir

Pada masa sama, Suee Lim memberi jaminan tiada kenaikan kadar parkir dikenakan kepada pengguna jalan raya.

Caj parkir di Selangor masih kekal berpatutan antara 40 sen hingga 60 sen sejam, bergantung kawasan."

Fokus Utama: Kurangkan Parkir Bertindih

Langkah ini juga diambil untuk menangani masalah parkir berlapis dan kesesakan kawasan komersial, terutama di pusat bandar yang sering mengalami isu kekurangan petak parkir.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, MBI Selangor, Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor), parkir kereta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Rantaian Mesra Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev