JIKA pernah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) pada waktu malam, anda mungki perasan papan tanda 'Penang International Airport' yang lampu tidak menyala serentak.
Namun kini, masalah itu sudah diselesaikan sepenuhnya dengan semua huruf pada papan tanda kembali menyala dan padam serentak.
Apa Jadi Sebelum?

Sebelum ini, tular gambar di media sosial menunjukkan huruf pada papan tanda di bahagian landasan LTAPP tidak menyala dengan betul. Situasi itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Malah, ada menyifatkan isu tersebut sebagai:
- Memalukan kerana LTAPP bertaraf antarabangsa
- Tanggapan pertama negatif kepada pelancong asing
- Petunjuk kurangnya penyelenggaraan pihak pengurusan
Ramai menggesa pengendali lapangan terbang tempatan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mengambil tindakan segera bagi menjaga imej negeri dan negara.
Masalah Teknikal: 'Relay Timer' Tidak Selaras
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai berkata, MAHB sudah mengenal pasti punca iaitu sistem geganti pemasa (relay timer) yang tidak diselaras dengan betul.
Disebabkan penyelarasan tidak tepat, lampu huruf pada papan tanda menyala dan padam pada masa berbeza."
MAHB kemudian mengambil langkah segera menyelaras semula sistem dan kini lampu papan tanda berfungsi normal seperti sepatutnya.
MAHB Komited Jaga Imej, Keselamatan
MAHB komited memastikan pencahayaan dan kemudahan di lapangan terbang sentiasa berada dalam keadaan baik, selari peranan LTAPP sebagai salah satu pintu masuk utama pelancong ke Pulau Pinang.
Papan tanda lapangan terbang bukan sekadar hiasan, ia simbol profesionalisme dan persepsi pertama buat pelawat dari luar negara.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply