• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?

#TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?

July 8, 2025 By Syafie Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Berbasikal di jalan raya
ISU keselamatan dan peraturan penunggang basikal di jalan raya sekali lagi menjadi perhatian selepas tular satu video sekumpulan pengayuh basikal didakwa menghalang laluan Bas Perantara MRT di KM23, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, menghala Sungai Buloh.

Insiden berlaku sekitar jam 9.35 pagi pada Ahad lalu itu, menyebabkan pemandu bas terpaksa menghentikan kenderaan dan menegur penunggang yang dikatakan menunggang secara berkumpulan di lorong kiri jalan raya.

Pemandu bas sengaja nak langgar geng basikal.

🎥 slmanfrish

Aku lebih percaya driver bas tu dari geng² basikal yg acah² hebat.😀😀😀 pic.twitter.com/7qdBvepBpr

— hfzrzk (@hrfuturesnq) July 7, 2025

Polis Siasat, Penunggang Dicari

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin mengesahkan siasatan sedang dijalankan di bawah Peraturan 42(3), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana kesalahan menunggang secara bersaing di jalan raya.

Tiada kemalangan berlaku, tetapi tindakan menunggang secara berkumpulan hingga menghalang laluan kenderaan lain boleh membahayakan semua pengguna jalan raya," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan IPD Kuala Selangor (03-3289 1222) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Rapid Bus Beri Penjelasan

Pihak Rapid Bus Sdn Bhd turut mengesahkan insiden melibatkan Bas Perantara MRT yang mana isu bermula apabila pemandu bas berkenaan sukar memandu kerana sekumpulan penunggang basikal menunggang di depan dan memasuki lorong kiri.

Teguran pemandu mencetuskan sedikit pertelingkahan, tetapi keadaan dapat dikawal selepas seorang pegawai JPJ yang kebetulan lalu di lokasi tampil menenangkan situasi," menurut kenyataan rasmi Rapid Bus.

Pemandu bas berkenaan juga sudah menjalani sesi kaunseling bagi membantu beliau menguruskan insiden serupa dengan lebih berhemah pada masa depan.

Jadi, Bolehkah Kayuh Basikal di Jalan Raya?

Umumnya, penunggang basikal dibenarkan berada di jalan raya, tetapi tetapi tertakluk kepada undang-undang dan perlu:

  • Menunggang dalam satu barisan
  • Tidak memasuki lorong kenderaan berat atau menghalang trafik
  • Memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar dan lampu belakang
  • Patuh peraturan lalu lintas seperti kenderaan lain

Apa dilarang adalah menunggang berkumpulan secara bersaing, mengganggu aliran trafik atau melakukan aksi berbahaya.

Hormat-Menghormati di Jalan Raya

Insiden tersebut membuktikan keselamatan jalan raya bukan hanya tanggungjawab pemandu kenderaan, tetapi juga penunggang basikal, motosikal dan semua pengguna lain.

Rapid Bus turut mengingatkan semua pihak supaya:

  • Elak situasi berbahaya atau provokatif
  • Fahami hak masing-masing sebagai pengguna jalan
  • Beri ruang dan hormati satu sama lain demi keselamatan bersama

SUMBER: AstroAwani | SinarHarian

Related

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda2 Tagged With: Aktiviti Berbasikal, Auto Terkini, Bas Perantara MRT, basikal, Berbasikal di Jalan Raya, isu viral, Rapid Bus Sdn Bhd, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev