• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

July 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Proton X50 2026 serba baharu buka tempahan
PROTON kini rasmi membuka tempahan model kenderaan utiliti sukan (SUV) paling dinanti tahun ini, Proton X50 2026 Serba Baharu.

SUV segmen-B itu hadir dengan pelbagai peningkatan yang bukan sekadar kosmetik, tetapi turut merangkumi aspek prestasi, keselamatan, teknologi dan konektiviti pintar.

Lebih menarik, pelanggan yang membuat tempahan awal sebelum pelancaran rasmi akan menikmati ganjaran eksklusif seperti rebat tunai, hadiah istimewa, dan kejutan istimewa ketika pelancaran!

SUV Paling Laris Kini Lebih Mempesona

Sejak debut pada 2020, Proton X50 sudah mencipta fenomena dengan lebih 140,000 unit terjual di Malaysia, sekali gus menjadikan SUV segmen-B paling laris selama lima tahun berturut-turut.

Bersama rakan strategik, Geely, Proton X50 juga dipasarkan secara global sebagai Binyue dan Coolray dengan jumlah jualan lebih 1.2 juta unit di 51 negara.

Penanda Aras Baharu: Lebih Pantas, Lebih Pintar, Lebih Bergaya

Proton X50 2026 serba baharu buka tempahan

Proton X50 2026 Serba Baharu tampil dengan rekabentuk luaran lebih tajam dan moden, serta dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2 dinaik taraf, dengan unit infotainmen 14.6 inci generasi baharu yang kini dilengkapi sistem pengecaman suara Bahasa Melayu pertama di dunia!

Spesifikasi utama:

  • Enjin i-GT 1.5 TD baharu
  • Output kuasa 133kW dan tork 290Nm
  • Transmisi dual klac (DCT) 7-kelajuan
  • Pecutan o-100kmj sepantas 7.6 saat (lebih pantas 0.3s berbanding model lama)
  • Penjimatan bahan api +4.7 peratus

Proton X50 2026 Serba Baharu ditawarkan dalam tiga varian: Executive, Premium, dan Flagship, yang menepati keperluan gaya hidup moden rakyat Malaysia dari segi prestasi, keselamatan dan nilai tambah.

Lebih RM10,000 nilai tambahan diberikan menerusi penambahbaikan ciri dan teknologi baharu.

Pakej Tempahan Awal 'Ready To Roar'

Sempena pra-pelancaran, Proton memperkenalkan pakej eksklusif kepada 10,000 pelanggan terawal yang menempah dan mendaftar kenderaan dari 5 Julai 2025 hingga tarikh pelancaran rasmi.

Tawaran istimewa adalah:

  • Rebat tunai RM1,000
  • Kad Touch 'n Go edisi khas
  • Tawaran GEMPAK! Eksklusif (akan diumumkan pada acara pelancaran rasmi)

Kerjasama Eksklusif Bersama De Fam

Kumpulan De FAM di majlis Proton X50 2026 serba baharu buka tempahan

Sempena meraikan pelancaran itu, Proton turut bekerjasama dengan kumpulan pop terkenal De Fam dalam menghasilkan lagu tema rasmi berjudul 'Ready, Set, Roar'.

Lagu penuh bertenaga itu akan menjadi latar kempen X50 di seluruh platform digital dan media sosial, serta persembahan langsung semasa siri jelajah.

'Roar of Amazement Tour'

Bermula hujung minggu ini, Proton memulakan jelajah nasional 'Roar of Amazement Tour' dengan membawa Proton X50 2026 Serba Baharu ke seluruh Malaysia, yang mana pengunjung boleh:

  • Menyaksikan SUV secara dekat
  • Bertemu pempengaruh tempatan
  • Memenangi hadiah eksklusif melalui pelbagai aktiviti interaktif

Proton X50 2026 Serba Baharu: Definisi SUV Moden

Rekabentuk berani, prestasi berkuasa, sistem keselamatan berkualiti tinggi, teknologi pintar lokal, dan keselesaan menyeluruh, s menjadikan Proton X50 2026 Serba Baharu sebagai SUV yang bukan sekadar mengikut arus, tetapi mengubah permainan dalam pasaran tempatan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton X50 2025, Proton X50 2026 Serba Baharu, Ready To Roar, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev