• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Vokalis Jamiroquai Mahu Jual Hot-Hatch Ikonik - Lancia Delta Integrale Evo II

Vokalis Jamiroquai Mahu Jual Hot-Hatch Ikonik - Lancia Delta Integrale Evo II

July 13, 2017 By Azhan O 2 Comments

529
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOKALIS utama kumpulan jazz dan funk, Jamiroquai, Jay Kay memang terkenal sebagai pengumpul kereta tegar. Beliau memiliki beberapa koleksi kereta peribadi daripada jenama Itali, Ferrari LaFerrari warna Kermit Green sehinggalah model era berbeza, Lancia Delta Integrale Evo II.

Dihasilkan serba baharu di Itali pada 1994, Integrale dibawa masuk ke Britain enam tahun kemudian dan menjadi pemilik penyanyi dan komposer Inggeris itu pada 2009.

ENJIN BINA SEMULA

1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-9
jay-kay-jamiroquai
kermit-green-ferrari-laferrari-jay-kay

Jay Kay memang benar-benar mengambil berat tentang kereta tersebut dan awal tahun ini beliau baru saja menghantar keretanya itu kepada pakar Lancia untuk membina semula enjin. Antara proses dilakukan adalah menggerek semula (rebore) silinder, memasang piston tempa dan bering baharu, menggilap jurnal bering aci engkol, dan menyiring (skimming) kepala silinder.

Walaupun membelanjakan lebih £8,000 (RM44,305) dalam kerja-kerja menambah baik enjin, Jay Kay kini bersedia melepaskan kereta kesayangannya itu. Delta Integrale milik Jay Kay kini diletakkan di bawah jagaa rumah lelongan, SilverstoneAuctions sementara menunggu sesi lelongan pada 29-30 Julai ini.

Anggaran harga bakal terjual ialah antara £30,000-£35,000 (RM166,145-RM276,909), ditambah premium pembeli sebanyak 15 peratus.

LANCIA DELTA INTEGRALE EVO?

Lancia Delta ialah kereta famili kecil atau segmen-C yang dihasilkan pengeluar Itali (kini sebahagian Fiat Group), Lancia dalam tiga generasi. Lancia Delta Integrale Evo II pula adalah model generasi pertama yang debut pada 1993 dan juga merupakan versi Evolution (dieja Evoluzione)  bagi Delta HF Integrale dengan enjin 16-valve 2.0L turbo yang dinaik taraf.

GALERI

1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-17
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-8
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-4
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-16
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-3
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-13
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-14
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-2
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-5
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-11
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-9
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-10
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-1
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-7
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-12
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-6
1994-lancia-delta-integrale-evo-ii-15

 

Related

529
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Jamiroquai, Jay Kay, Lancia Delta, Lancia Delta Integrale Evo II, pengumpul kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev