• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Mazda 2017 Paling Selamat Atas Jalan - Dapat Sijil Khas IIHS, 'Top Safety Pick+'

Kereta Mazda 2017 Paling Selamat Atas Jalan - Dapat Sijil Khas IIHS, 'Top Safety Pick+'

July 13, 2017 By Han Othman Leave a Comment

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SETIAP orang ada kriteria sendiri apabila membeli kereta baharu. Bagi kebanyakan pembeli, terutama di Eropah dan Amerika Syarikat, keselamatan adalah antara kriteria utama yang dipertimbangkan mereka walaupun pemilik di Malaysia mungkin tidak berapa ambil kisah tentang itu.

Jika anda salah seorang yang pentingkan hal keselamatan, mungkin boleh memasukkan Mazda dalam senarai utama. Ini kerana setiap model 2017 yang diuji Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), mendapat purata skor penilaian keselamatan tertinggi dengan meraih sijil Top Safet Pick+. 

SATU PENGELUAR SATU-SATU MASA

Sebagai makluman, sijil Top Safety Pick+ itu hanya diperoleh satu pengeluar saja pada satu-satu masa. Malah, Volvo yang terkenal dengan reputasi sebagai pengeluar kenderaan keselamatan turut gagal meraih status 'Tambah' (Plus rating) bagi model terbaru mereka, S90 dan XC90 (V90 belum diuji).

Pengumuman Mazda itu dibuat sebaik saja CX-5 mendapat rating 'Tambah' yang juga konsisten dengan skor tinggi dalam ujian IIHS sejak lima tahun lalu. Crossover tersebut didatangkan dengan standard sistem pembrekan kecemasan kelajuan rendah, dan lampu utama LED, tetapi memerlukan sistem mengelak perlanggaran kelajuan tinggi dan sistem suluh tinggi automatik untuk mengungguli sesi ujian.

Malah, model seperti CX-3 dan CX-9 turut mendapat rating tinggi, sama seperti Mazda3 (sedan dan hatchback) dan Mazda6. Cuma MX-5 Miata yang tidak diuji kerana tiada ujian dilakukan IIHS bagi kereta sport kecil.

SUMBER: Car Scoops

Related

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, IIHS, Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), kereta Mazda paling selamat 2017, mazda, rating keselamatan kereta, Roda4, Top Safet Pick+

Comments

  1. nuds ladoraka says

    July 14, 2017 at 8:26 AM

    Di Malaysia second hand value menjadi keutamaan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my