SKUTER dinanti-nantikan ramai, Yamaha NVX 155 secara rasminya diperkenalkan dan dijual pada harga RM10,500.
Lebih menarik, skuter Yamaha NVX 155 turut menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
ENJIN NVX 155
Aspek mekanikal, Yamaha NVX 155 menggunakan enjin sama seperti NMAX berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core daripada enjin silinder tunggal 4-lejang. Hasilnya, skuter itu mampu menjana kuasa 14.8hp dan tork 14.4Nm bersama padanan sistem transmisi V-Belt automatik. Bagi kecekapan bahan api, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan sistem Mula-Henti (Start-Stop).
BACA >>> Yamaha NVX 155 Kini di Malaysia - Harga RM10,500 Seunit
MENARIK KE?
Berikut ialah spesifikasi lengkap bagi Yamaha NVX 155 untuk pasaran Malaysia:
- Lampu depan dan belakang LED.
- Brek depan besar dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Fork depan lebih besar bersaiz 26mm.
- Ruang simpanan bawah pelana bersaiz 25 liter - boleh muat dua helmet.
- Ruang simpanan mini berserta soket elektrik untuk mengecas telefon pintar.
- Skrin LCD 5.8 inci.
- Sistem kunci pintar (keyless) dengan imobiliser.
- Sistem Mula-Henti - membantu kecekapan bahan api dengan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
- Pemegang belakang bersepadu - rekaan tampil lebih moden dan dinamik.
- Tayar tanpa tiub 110/80-14 (depan); 140/70-14 (belakang).
- Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan ciri keselamatan.
- Walaupun tampak lebih besar daripada NMAX, tetapi berat keseluruhan 11kg lebih ringan (berat Yamaha NVX 155 - 160kg).
- Panel digital sepenuhnya untuk paparan informasi seperti kelajuan, rpm, takat minyak dan operasi VVA.
BACA >>> 45 Foto Ini Akan Buat Anda Jatuh Cinta Pada Benelli RFS 150i
BACA >>> Mana Satu Nak Angkat? Benelli RFS150i, atau Honda RS150R, atau Yamaha Y15ZR?
MAMPUKAH PIKAT HATI ANDA?
Persoalannya, mampukah ciri-ciri ditawarkan oleh Yamaha NVX 155 memikat hati anda?
Jom kita saksikan TVC Yamaha NVX 155. Selepas menonton TVC ini, kami yakin anda mungkin tertarik dengannya.
Awie says
Dengan tawaran harga agak keras kurang kompetitif walaupun rupa paras amat mengancam, maybe utk peminat setia skuter saja yg akan memikatnya...
1.Harga tawaran leh dpt 200cc dlm market skrg
2.Harga tawaran melebihi harga moped yg sama kapasiti
3.Spec,tech gan design mmg superd
4.Utk daily commute below 50km masih selesa tapi lebih selesa Nmax..
5.overprice utk pasaran Malaya banding negara SEA yg lain.
Umair says
Mampu memikat hati sekiranya harga jualan dikurangkan sekitar rm1500 dan versi standard dikeluarkan ..pada hemat saya untuk segmen harga ini masih banyak pilihan motosikal seperti modenas pulsar ,benello rfs 150, honda rs 150 r serta pelbagai jenama skuter jet lain yang menawarkan harga kompetitif sesuai dengan kadar cc ditawarkan