• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

June 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet
BERITA baik buat pengguna setia pengangkutan awam negara! Bemula esok (1 Julai 2025), pas perjalanan tanpa had My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan secara digital menerusi aplikasi TNG eWallet, tanpa perlu lagi beratur panjang di kaunter stesen.

Langkah itu dilaksanakan Prasarana Malaysia Berhad dengan kerjasama Kumpulan Touch 'n Go, selaras usaha mempercepat pendigitalan sistem pengangkutan awam negara dan menyokong agenda negara tanpa tunai.

Apa Itu My50?

My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet

My50 ialah pas perjalanan tanpa had untuk rakyat Malaysia yang membolehkan pengguna menikmati perjalanan tanpa had dalam tempoh 30 hari menggunakan perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT, dan bas RapidKL dengan hanya RM50 sebulan.

Kini Lebih Mudah Melalui TNG eWallet

My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet
tng-ewallet-logo

Dengan inovasi baharu itu, pengguna hanya perlu:

  1. Muat turun aplikasi TNG eWallet
  2. Lengkapkan pengesahan identiti elektronik (e-KYC)
  3. Beli dan aktifkan My50 secara digital

Tiada lagi kaunter, tiada lagi kad fizikal baharu, semua hanya di hujung hari anda!

Apa Kata Prasarana dan TNG?

My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Prasarana, Mohd Azharuddin Mat Sah berkata;

Digitalisasi My50 satu langkah progresif yang memberi kemudahan maksimum kepada pengguna. Ia bukan saja menjimatkan masa, teapi meningkatkan kebolehgunaan dan memperluas capaian pas ini."

CEO Touch 'n Go, Praba Sangarajoo pula berkata;

Kerjasama strategik ini membolehkan rakyat Malaysia membeli My50 pada bila-bila masa, di mana sahaja. Ini sejajar usaha Touch ‘n Go untuk menjadikan hidup rakyat Malaysia lebih mudah dan efisien menerusi inovasi digital."

Sasar 250,000 Pengguna, Sedia Luaskan kepada MyCity

My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 250,000 pengguna sedia ada dan pada masa sama menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada pengangkutan awam.

Fasa seterusnya, Prasarana turut merancang memperluas kemudahan digital itu kepada produk lain seperti pas MyCity bagi mempertingkat pengalaman pengguna dan mengurangkan kebergantungan kepada transaksi tunai.

Maklumat lanjut mengenai pembelian dan pengaktifan My50 secara digital boleh layari:

  • www.myrapid.com.my
  • www.touchngo.com.my
My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet
My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet
My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet
My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet
My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet
My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan menerusi TNG eWallet

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kumpulan Touch 'n Go, My50, Prasarana Malaysia Berhad, TNG eWallet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev