TOYOTA Land Cruiser Commercial 2026 serba baharu dilancarkan yang kini dalam barisan kenderaan komersial ringan Toyota Professional.
Land Cruiser ialah model ikonik dan ubah suai begitu adalah perkara biasa di Britain yang tidak terhad kepada kenderaan utiliti sukan (SUV) sahaja. Malah, kereta sekecil Ford Fiesta juga dijadikan kenderaan komersial.
Sebagai model tahan lasak, Land Cruiser Commercial menjanjikan gabungan kemampuan off-road dengan praktikaliti ruang kargo.
Toyota Land Cruiser Commercial 2026 sebenarnya versi penukaran (factory conversion) daripada model penumpang Land Cruiser serba baharu yang menerima sambutan hangat dan permintaan tinggi setahun lalu dengan mengekalkan kualiti, ketahanan, dan kebolehpercayaan Land Cruiser terkenal.
Enjin dan Prestasi
Toyota Land Cruiser Commercial 2026 dikuasakan enjin diesel 2.8L turbo sedia ada dengan transmisi automatik 8-kelajuan. Trenkuasa itu didatangkan dalam pacuan semua roda kekal dan mod pemanduan yang boleh dipilih untuk disesuaikan dengan pelbagai keadaan.
Bagi prestasi off-road mantap, SUV itu dilengkapi sistem:
- Kawalan Merangkak (Crawl Control)
- Bantuan Mula Daki (HASC)
- Bantuan Turun Bukit(DAC)
Ciri bantuan pemanduan lain diberikan ialah Pemantau Titik Buta (BSM), sensor parkir depan dan belakang, serta Bantuan Keluar Selamat (SEA).
Toyota juga mengesahkan pada masa akan datang, trenkuasa Land Cruiser Commercial akan dinaik taraf dengan menggunakan sistem hibrid ringan (MHEV) Hybrid 48V Land Cruiser yang baru saja dilancarkan.
Peningkatan itu dijangka memberikan prestasi lebih lancar tanpa menjejaskan keupayaan prestasi kenderaan.
Rekabentuk dan Fungsi
Diletakkan sebagai model atasan dalam barisan Toyota Professional, Toyota Land Cruiser Commercial 2026 menawarkan pilihan menarik bagi pelanggan yang tidak memerlukan kapasiti muatan besar atau kerusi tambahan seperti trak pikap Hilux.
Sebaliknya, model itu mensasarkan pembeli yang mencari prestasi off-road serius, ketenangan di jalan raya, dan pelbagai ciri keselesaan, keselamatan, serta kemudahan secara standard.
Proses penukaran dijalankan di kemudahan pengeluaran Toyota Manufacturing UK di Burnaston, Derbyshire, seperti:
- Kerusi belakang ditanggal
- Pemasangan panel keluli dalaman untuk bahagian belakang gelap
- Pemasangan dinding pembatas logam penuh tinggi dengan jaring
- Ruang muatan dan keupayaan tunda
Ruang muatan Toyota Land Cruiser Commercial 2026 direka untuk praktikaliti dan tahan lasak yang lengkap dengan pelapik lantai hujung ke hujung berserta dimensi tinggi 1,090mm, panjang 1,685mm dan lebar 1,286mm.
Kapasiti but hingga 2,000 liter,dan mempunyai keupayaan tunda hingga 3.5 tan yang menjadikan SUV itu sangat sesuai untuk pelbagai keperluan komersial.
Spesifikasi dan Teknologi Canggih
Toyota Land Cruiser Commercial 2026 ditawarkan dalam satu varian tunggal saja, iaitu versi 5-pintu dengan jarak roda panjang, manakala spesifikasi lebih tinggi daripada Land Cruiser Commercial sebelum ini.
SUV itu turut dilengkapi banyak ciri teknologi canggih, keselesaan, dan praktikaliti yang diambil terus daripada model Land Cruiser penumpang, bersama pakej keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) lengkap untuk sistem keselamatan dan bantuan pemanduan.
Antara ciri-ciri menarik ialah:
- Rim aloi 18 inci.
- Kerusi pemandu boleh laras elektrik.
- Kerusi depan dan stereng dengan fungsi pemanas.
- Pintu but elektrik dengan tingkap hatch boleh buka.
- Cermin pandang belakang automalap.
- Brek Parkir Elektronik (EPB).
- Penyaman udara dwi-zon automatik.
- Sistem multimedia skrin sentuh 9 inci.
- Integrasi telefon pintar wayarles dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto.
Toyota Land Cruiser Commercial 2026 serba baharu akan mula dijual di Britain pada 1 Ogos dengan penghantaran kepada pelanggan dijangka bermula September ini.
Harga ditetapkan pada £52,729 (RM304,810).
Leave a Reply