• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2025: Marquez Rai Kemenangan ke-93 di GP Itali

#MotoGP2025: Marquez Rai Kemenangan ke-93 di GP Itali

June 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Marc Marquez juara GP Mugello 2025
PELUMBA sensasi Ducati, Marc Marquez membuktikan keunggulan di litar Mugello dengan memenangi Grand Prix (GP) MotoGP Itali 2025, sekali gus merai kemenangan ke-93 sepanjang karier dan mengukuhkan lagi impian mencapai kejuaraan dunia musim ini.

Kali terakhir Marquez menang di Mugello adalah pada 2014 dan kini melakukan hatrik sempurna pada hujung minggu lalu dengan bermula petak utama (pole position), menang Sprint Race, dan gelaran juara, semalam.

Drama Awal: Pertarungan Tiga Serangkai Marquez, Bagnaia, dan Alex

Marc Marquez juara GP Mugello 2025

Perlumbaan 23 pusingan bermula sengit apabila Marquez, Pecco Bagnaia dan adiknya Alex Marquez saling bertukar kedudukan sepanjang lima pusingan pertama. Bagnaia memintas di selekoh pertama, tetapi kedudukan berubah dengan pelbagai aksi luar dan dalam agresif.

Pada pusingan ke-4, Bagnaia hampir hilang kawalan ketika diserang Marc, yang membolehkan Alex mengambil peluang mendahului seketika.

MotoGP Itali 2025

Aksi dramatik berlaku apabila Bagnaia melanggar tayar belakang Marquez, sekali gus membuka ruang kepada Alex untuk menyelit ke tempat kedua.

Namun segala berubah pada pusingan ke-9 apabila Marc memintas semula dan mula meningkatkan kelajuan jentera hingga memberikan jarak serta masa selesa sebagai pendahulu perlumbaan.

Podium Dikuasai Ducati, Fabio Di Giannantonio Curi Tempat Ketiga

  • Alex menamatkan perlumbaan di tempat kedua, menjarakkan diri dalam kedudukan naib juara keseluruhan musim ini.
  • Fabio Di Giannantonio (VR46 Ducati) mempamerkan aksi penuh berani apabila memintas Bagnaia di Turn 7 pada pusingan kedua terakhir untuk merebut tempat ketiga dengan hanya 0.194 saat di belakang Alex.

Bagnaia yang sebelum ini mendominasi Mugello tiga tahun berturut-turut terpaksa akur di tempat keempat dan kini ketinggalan 110 mata di belakang Marc dalam ranking kejuaraan.

Keputusan 10 Teratas MotoGP Itali 2025

Podium GP Mugello 2025

Berikut ranking 10 peluimba teratas di GP Mugello:

  1. Marc Marquez (Ducati)
  2. Alex Marquez (Gresini Ducati) +1.942s
  3. Fabio Di Giannantonio (VR46 Ducati) +2.136s
  4. Pecco Bagnaia (Ducati Lenovo)
  5. Marco Bezzecchi (Aprilia)
  6. Franco Morbidelli (VR46 Ducati)(2 penalti long lap)
  7. Raul Fernandez (Trackhouse Aprilia)
  8. Pedro Acosta (KTM)
  9. Brad Binder (KTM)
  10. Ai Ogura (Trackhouse Aprilia)

Insiden dan Tarik Diri

  • Franco Morbidelli dikenakan dua penalti long lap kerana berlanggar dengan Maverick Vinales (Tech3 KTM), dan gagal melaksanakan penalti dengan betul
  • Jack Miller (Pramac Ducati) terpaksa berhenti awal akibat masalah klac
  • Johann Zarco (LCR) dan Enea Bastianini (Tech3) tersingkir akibat kemalangan di awal pusingan

Kesimpulan

Marc semakin hampir mencapai gelaran juara dunia kali ke-9 apabila mencipta satu lagi kemenangan di Mugello.

Dengan kelebihan 40 mata menjelang GP Belanda minggu depan, pelumba nombor 93 itu menunjukkan dominasi menggunakan jentera Ducati.

Pertarungan podium juga membuktikan pelumba Ducati terus mendominasi perlumbaan musim ini, manakala tekanan ke atas pelumba seperti Bagnaia semakin meningkat dalam misi mengejar kejuaraan MotoGP 2025.

SUMBER: Crash

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, GP Itali, Marc Marquez, MotoGP 2025, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev