• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas

PMX: Subsidi Bersasar RON95 Tetap Diteruskan, Jamin Majoriti Rakyat Tidak Terjejas

June 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PMX, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan subsidi RON95
PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa langkah rasionalisasi subsidi petrol RON95 akan diteruskan seperi dirancang, meskipun lonjakan harga minyak mentah global susulan konflik Timur Tengah.

Anwar memberi jaminan langkah itu tidak akan membebankan majoriti rakyat Malaysia, terutama 85 hingga 95 peratus kumpulan pendapatan rendah dan sederhana.

Fokus Rakyat, Pendidikan dan Kesihatan

Isu kenaikan harga petrol untuk majoriti rakyat tidak timbul. Adakah kita akan teruskan? Ya, kerana rasionalisasi subsidi ini penting untuk negara," katanya.

Anwar berkata, penstrukturan subsidi adalah sebahagian usaha Kerajaan memastikan sumber kewangan negara dapat digunakan lebih berkesan, terutama untuk:

  • Membantu golongan miskin
  • Meningkatkan mutu pendidikan
  • Menambah baik perkhidmatan awam termasuk kesihatan

Kesan Konflik Timur Tengah Masih Terkawal

Mengulas situasi global, Anwar menyatakan ketegangan di Timur Tengah dan kenaikan harga minyak mentah dunia tidak memberi impak negatif kepada ekonomi negara buat masa ini.

Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Agung OPEC dan pemain industri utama seperti Petronas, Total, ENI dan Aramco. Mereka memantau rapat perkembangan ini, namun belum menjejaskan industri atau mekanisme harga secara serius."

Lonjakan harga minyak lebih 9 peratus kepada sekitar AS$75 (RM318) setong berlaku Jumaat lalu selepas serangan awal yang berlaku di Timur Tengah, baru-baru ini.

Terdahulu, harga minyak global pernah menjunam hingga AS$65 setong tahun lalu.

SUMBER: TheStar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, PMX, Rasionalisasi Subsidi RON95, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my