• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorong Tambahan Plaza Tol Rawang Selatan Kini Dibuka!

Lorong Tambahan Plaza Tol Rawang Selatan Kini Dibuka!

June 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Lorong tambahan Plaza Tol Rawang, Lebuhraya PLUS
BERITA baik buat warga Rawang, Kundang, dan Sungai Buloh! PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini mengumumkan pembukaan rasmi lorong tambahan di Plaza Tol Rawang Selatan (Exit 115).

Lorong tambahan itu dijangka melancarkan aliran trafik ke arah Gamuda Gardens dan kawasan sekitarnya.

29,000 Kenderaan Sehari, Kini Ada Laluan Lebih Lancar

Lorong tambahan Plaza Tol Rawang, Lebuhraya PLUS

Lorong tambahan yang dibuka tepat jam 10.45 pagi dijangka:

  • Menyuraikan 14 hingga 19 peratus trafik sedia ada, terutama waktu puncak
  • Memberi impak positif kepada pengguna harian Lebuhraya Utara-Selatan
  • Memendekkan masa perjalanan dan menambah keselesaan pengguna lebuhraya.

Menurut PLUS, trafik harian di plaza tol kini hampir mencecah 29,000 kenderaan, dengan pertambahan kenderaan saban hari kesan daripada pembangunan pesat sekitar Gamuda Gardens dan kawasan kediaman berhampiran.

Tiga Lorong Tambahan: Aliran Trafik Lebih Terkawal

Dengan tiga lorong tambahan yang kini beroperasi, pengguna boleh menjangkakan:

  • Kurang kesesakan di plaza tol
  • Pengagihan trafik yang lebih sistematik
  • Penurunan tekanan trafik yang tinggi ke arah kawasan perumahan popular

Lorong tambahan Plaza Tol Rawang, Lebuhraya PLUS

Kerjasama Strategik PLUS, Gamuda, KKR dan LLM

Inisiatif itu adalah hasil kerjasama antara:

  • Kementerian Kerja Raya (KKR)
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
  • Jabatan Kerja Raya (JKR)
  • PLUS Malaysia Berhad
  • Gamuda Berhad

PLUS amat menghargai semua pihak yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan projek ini." - Kenyataan rasmi PLUS.

PLUS akan terus komited dalam meningkatkan infrastruktur lebuh raya termasuk menambah baik kemudahan dan fasiliti untuk pengguna. Usaha berkenaan demi mengutamakan keselesaan, keselamatan, dan kelestarian komuniti sepanjang lebuh raya itu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gamuda Gardens, Plaza Tol Rawang Selatan (Exit 115), PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my