• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

WCE Mula Kutip Tol Seksyen 2 Laluan SAE ke Banting Mula Hari Ini

June 13, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Alexander Nanta Linggi, Lebuhraya WCE
LALUAN baharu Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan SAE (KESAS) ke Banting sudah mula mengenakan kutipan tol hari ini sejak 12.01 tengah malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan WCE dalam kenyataan rasmi yang turut memaklumkan kutipan tol berkenaan melibatkan Seksyen 2 sepanjang 7.2km dari Persimpangan Bertingkat SAE-SKVE-Banting.

Seksyen 2 WCE Kini Berbayar, Guna RFID, TnG dan Smar Tag

Seksyen 2 Lebuhraya WCE

Menurut WCE, kadar tol Seksyen 2 sudah disepadukan dalam sistem tol Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas.

Kadar tol mencerminkan keseluruhan jarak perjalanan, termasuk laluan di SKVE, dan pembayaran akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya melalui Touch ‘n Go, Smart Tag, dan RFID."

Kadar tol Seksyen 2 Lebuhraya WCE
Kadar tol Seksyen 2 Lebuhraya WCE

WCE: Nadi Pengangkutan Pantai Barat 233km

WCE ialah lebuh raya strategik sepanjang 233km dari Banting (Selangor) hingga Changkat Jering (Perak) yang menghubungkan pelbagai bandar di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Apabila siap sepenuhnya, lebuh raya itu dijangka menjadi alternatif utama kepada Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Tip Elak Terkandas di Plaza Tol

WCE turut mengingatkan semua pengguna lebuh raya supaya memastikan baki e-dompet dan kad TnG mencukupi sebelum memasuki plaza tol bagi mengelakkan gangguan perjalanan.

Sebarang maklumat info lanjut mengenai kadar tol dan sokongan pengguna boleh:

  • Layari laman web: www.wce.com.my
  • Muat turun aplikasi: WCE App

Fakta Ringkas Seksyen 2 WCE

  • Laluan: SAE-SKVE-Banting
  • Panjang: 7.2km
  • Tarikh kutipan bermula: 13 Jun 2025, jam 12.01 tengah malam
  • Mod bayaran: RFID, Smart Tag dan kad Touch ‘n Go
  • Dirasmikan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi pada 22 Januari 2025

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kutipan tol, Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), PLUS, Seksyen 2 Lebuhraya WCE

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev