SEBUAH prototaip kereta elektrik baru saja memecahkan rekod kelajuan terpantas bagi mana-mana supercar ternama yang dikuasakan petrol.
Lucid Air diuji pada kelajuan 378kmj (235mph) - lebih pantas daripada LaFerrari, Zenvo ST1 dan Lamborghini Veneno - malah, dimaklumkan akan muncul lebih pantas lagi dalam versi sebenar. Setakat ini, McLaren F1 dengan kelajuan 387.8kmj (241mph) ialah penanda aras kelajuan yang mungkin dalam sasaran Air untuk dipecahkan.
Ujian tersebut mungkin boleh dipertikaikan kerana tampil bogel, tanpa sebarang komponen dalaman. Namun, apa yang tidak dapat dinafikan, Air memang pantas! Walaupun pengeluar kenderaan elektrik (EV) itu, Lucid Motors mengakui belum cukup dana untuk membangunkan fasiliti yang mampu menghasilkan produk-produk EV secara pengeluaran besar-besaran, tetapi perkembangan ditunjukkan itu nyata memberangsangkan.
PESAING KUAT TESLA?
Pengeluar yang berpangkalan di California itu masih lagi mengunci mulut tentang perincian transmisi, tetapi Air dijangka masih menggunakan kotak gear sebenar. Pemecut-tunggal (single-speeder) tidak mampu beroperasi sempurna dalam kelajuan rendah jika gear dinaikkan cukup tinggi untuk mencapai 378kmj. Model Air spesifikasi tinggi bakal menyasarkan julat 643.7km pada pemanduan biasa atau santai. Output kuasa pula adalah sekuat 1,000hp.
Sebuah kilang di Arizona juga sedang dalam perancangan, tetapi 2019 masih terlalu awal bagi Lucid Motors untuk bermula melainkan syarikat EV yang diasaskan pada 2007 itu mendapat cukup dana. Jika berjaya dilaksanakan, model permulaan Air bakal dijual pada harga sekitar AS$60,000 (RM257,850), manakala varian premium oleh mencecah sehingga AS$100,000 (RM429,750).
GALERI
SUMBER: Car Throttle
awie says
kelajuan tinggi bagus utk pencapaian pihak syarikat pengeluar, tapi pihak pengguna memerlu kenderaan yang reliabiliti dan penjimatan dari km/cas..