GWM Malaysia mencatat sejarah baharu apabila Haval H6 HEV disahkan ASEAN Records sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) hibrid pertama rantau ini yang mencapai jarak terpanjang dalam pemanduan sebenar sejauh 1,242km dengan setangki penuh petrol.
Selain itu, 38 pemilik turut berjaya melepasi jarak 1,000km, yang membuktikan keupayaan sebenar model itu di jalan raya.
Penggunaan Harian Tulen Tanpa Ubah Suai
Cabaran daya tahan bahan api itu menampilkan penggunaan harian tulen tanpa pengubahsuaian atau ujian makmal, yang menjadikan pencapaian tersebut kejayaan unik dalam segmen SUV hibrid di Asia Tenggara. Malah juga menandakan permulaan era baharu kenderaan yang bukan saja canggih, tetapi juga praktikal untuk keperluan seharian rakyat Malaysia.
Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menyifatkan pencapaian itu sebagai bukti dunia sebenar terhadap kemampuan Haval H6 HEV yang selari arah strategik baharu syarikat, sekali gus meningkatkan pengalaman pemanduan harian melalui inovasi terbukti.
Slogan Baharu 'Elevate Your Day'
Sempena kejayaan tersebut, GWM Malaysia memperkenalkan slogan baharu 'Elevate Your Everyday' untuk Haval H6 HEV.
Pendekatan tersebut menyerlahkan lagi nilai utama SUV berkenaan seperti jarak pemanduan jauh, prestasi hibrid unggul, teknologi terkini dan keselesaan premium yang menjadikan setiap perjalanan lebih lancar dan bermakna.
Ketahanan Bahan Api
Pengiktirafan itu juga menandakan perubahan peradigma daripada sekadar kecekapan bahan api kepada ketahanan bahan api sebenar.
Dengan lebih 1,000km dicapai pengguna sebenar, Haval H6 HEV terbukti bukan sekadar pilihan bijak tetapi pelopor baharu dalam segmen SUV moden.
Maklumat lanjut boleh layari www.gwm.com.my atau kunjungi pengedar sah GWM terdekat.
Leave a Reply