• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Start Your Impossible Outrun 2025 Kembali Julai Ini!

Toyota Start Your Impossible Outrun 2025 Kembali Julai Ini!

June 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


UMW Toyota Motor (UMWT) bakal menganjurkan Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025 pada Ahad, 27 Julai 2025 bertempat di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif global SYI yang mengangkat nilai inklusiviti, ketahanan, dan semangat kemanusiaan, selari dengan misi Toyota sebagai peneraju mobiliti yang memberi makna kepada pergerakan.

Buat kali pertama, acara tahunan ini memperkenalkan kategori 21KM Separa Marathon sebagai simbol pencapaian baharu yang menggabungkan aspirasi sukan dengan matlamat sosial.

Dua lagi kategori turut ditawarkan iaitu Larian Santai 5KM untuk semua peringkat umur dan Larian Kompetitif 10KM yang terbuka kepada pelbagai segmen termasuk lelaki, wanita, veteran, dan kategori khas rakyat Malaysia.

Hadiah yang tunai keseluruhan sebanyak RM138,000 disediakan untuk 10 pelari terbaik bagi kategori 10KM dan 21KM.

Lebih dari sekadar acara harian, SYI Outrun terus menyumbang kepada komuniti sejak penganjuran pertamanya pada 2019 dengan mengumpul lebih setengah juta ringgit bagi menyokong Majlis Paralimpik Malaysia dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Tahun ini, hasil kutipan akan menumpu kepada membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat kanser, selain menyemai semangat perpaduan dan kekuatan dalam komuniti.

Para peserta akan menikmati laluan baharu yang menampilkan pemandangan indah di Putrajaya serta menerima kit larian eksklusif, termasuk nombor larian dan pingat penyertaan.

Peserta 21KM yang berjaya menamatkan larian turut diraikan dengan jersi penyudah edisi khas sebagai tanda pencapaian peribadi.

Berikut adalah maklumat pendaftaran:

  • Pendaftaran dibuka: 2 Mei 2025
  • Pendaftaran ditutup: 8 Julai 2025
  • Daftar di: https://www.toyota.com.my/startyourimpossible/outrun/index.html
  • Yuran penyertaan:
    • 5KM Larian Santai: RM55
    • 10KM Larian Kompetitif: RM75
    • 21KM Separa Marathon: RM95

Toyota SYI Outrun 2025 mengekalkan visinya untuk menjadikan setiap langkah lebih bermakna sama ada dalam mengenang insan tersayang, menguji kekuatan diri atau melakar permulaan baru.

Acara ini bukan sekadar larian tetapi ia adalah simbol harapan dan perjalanan bersama ke arah Malaysia yang lebih sihat, inklusif, dan bersatu.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun 2025, UMW Toyota Motor (UMWT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my