MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) secara rasmi melancarkan dua model AMG baharu untuk pasaran tempatan iaitu Mercedes AMG GT63 4MATIC+ Coupé dan Mercedes AMG SL63 S E Performance, yang bertempat di SIC Driving Experience Centre, Sepang.
Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu enjin AMG 4.0L V8 biturbo, namun mempunyai perbezaan darisegi prestasi yang agak begitu ketara kerana model SL 63 ditambah dengan motor elektrik.
Berikut adalah harga yang ditawarkan untuk kedua-dua model ini:
- Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé: RM1,882,888
- Mercedes-AMG SL 63 S E Performance: RM2,168,888
Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé
Model generasi kedua yang menggabungkan teknologi litar lumba dengan keselesaan pemanduan harian ini dijana oleh enjin AMG 4.0L V8 biturbo yang dibina mengikut prinsip "One Man, One Engine" di Affalterback.
Jentera ini mampu menghasilkan 585hp dan tork 800Nm yang membolehkannya memecut 0-100kmj dalam hanya 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 315kmj.
Rekaan luarannya agak agresif dengan dilengkapi siluet fastback, lampu digital, gril AMG ikonik, dan spoiler belakang aktif. Dipadankan dengan pakej karbon AMG, pakej malam AMG, serta rim forged AMG berukuran 21-inci telah menjadikan model ini tampak garang dari setiap sudut.
Bahagian dalaman pula menampilkan gaya kokpit sukan dengan skrin sesentuh 11.9 inci, sistem infotainmen MBUX, dan paparan dongak dalam bentuk 3D. Kerusi AMG Performance dengan bentuk ergonomik pula memberikan sokongan optimum ketika mengambil selekoh tajam mahupun pemanduan yang jauh.
Antara teknologi utama yang terdapat pada model ini adalah termasuk:
- AMG Performance 4MATIC+ pacuan semua roda bolah ubah sepenuhnya
- Suspensi AMG Active Ride Control dengan penstabil gabungan aktif
- Stereng gandar belakang aktif untuk kestabilan dan kelincahan maksimum
- AMG Track Face iaitu perakam data prestasi untuk pemanduan di litar
- Sistem brek komposit berprestasi tinggi dengan cakera ringan dan penyejukan optimum
- Sistem bantuan pemanduan pintar seperti kawalan jarak, bantuan lorong, dan paparan bantuan 3D
Model ini turut menyokong perkhidmatan digital Mercedes me connect, termasuk integrasi Apple CarPlay dan Android Auto, maklumat trafik masa nyata, dan komunikasi kenderaan ke kenderaan (Car-to-X).
Dengan harga jualan di Semenanjung Malaysia dianggarkan bermula RM1.8 juta (tanpa insuran, termasuk cukai jualan 10 peratus), AMG GT63 4MATIC+ Coupé bukan sekadar simbol kemewahan tetapi lambang kejuruteraan Jerman di tahap tertinggi untuk pemandu yang mahukan pengalaman memandu sebenar.
Mercedes-AMG SL 63 S E Performance
Selain model AMG GT63, MBM turut memperkenalkan satu lagi jentera berprestasi tinggi baharu yang dikenali sebagai Mercedes Benz SL63 S E Performace yang kini didatangkan dengan teknologi hibrid AMG E Performance.
Ini merupakan model SL paling berkuasa dalam sejarah dengan gabungan enjin 4.0L V8 biturbo dan motor elektrik berprestasi di bahagian gandar belakang.
Jentera ini mampu menjana kuasa keseluruhan 816hp dan tork sebanyak 1,420Nm yang membolehkan pecutan 0-100kmj hanya dalam 2.9 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 317kmj. Kenderaan ini tidak hanya fokus kepada kelajuan tetapi ia juga menawarkan pengendalian dinamik dan keselesaan mewah menerusi sistem AMG Active Ride Control dan sistem stereng gandar belakang.
Sistem hibrid SL63 S ini diinspirasikan daripada teknologi Formula Satu (F1), lengkap dengan bateri AMG berkapasiti 6.1kWj yang mampu menyumbang sehingga 13km jarak pemanduan elektrik sepenuhnya, sesuai untuk kegunaan harian tanpa mengorbankan prestasi.
Berikut ciri-ciri lain yang ada pada model ini seperti:
- Reka bentuk bumbung lembut klasik dengan konfigurasi kerusi 2+2
- Pilihan pakej luaran seperti AMG Night Package II, AMG Aerodynamics Package, dan AMG Exterior Carbon Fibre Package.
- Sistem brek seramik AMG dengan cakera lebih besar untuk kuasa henti maksimum.
- Paparan digital MBUX dengan grafik hibrid khusus dan pelbagai mod pemanduan AMG Dynamic Select.
Dengan harga jualan bermula RM2.1 juta (OTR tanpa insuran, termasuk cukai jualan 10 peratus), model ini bukan sehaja untuk peminat kelajuan tetapi ia adalah gabungan supercar, teknologi F1, dan kemewahan Mercedes Benz dalam satu pakej roadster ikonik.
Mercedes-AMG GT 63 4MATIC+ Coupé
Mercedes-AMG SL 63 S E Performance
Leave a Reply