• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT Arah Prasarana Rangka Pelan Penambahbaikan Keselamatan LRT

MOT Arah Prasarana Rangka Pelan Penambahbaikan Keselamatan LRT

June 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk merangka pelan penambahbaikan menyeluruh terhadap aspek keselamatan di semua stesen Transit Aliran Ringan (LRT), termasuk pemasangan pintu keselamatan penumpang di setiap platform.

Arahan ini susulan insiden kematian seorang lelaki warga Taiwan yang terjatuh ke landasan dan digilis tren di Stesen LRT Pusat Bandar Puchong baru-baru ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, sebahagian stesen seperti LRT Aliran Ampang masih menggunakan reka bentuk lama yang belum dilengkapi pintu keselamatan, malah beliau telah mengarahkan Prasarana melaksanakannya secara menyeluruh termasuk di semua stesen MRT baharu.

Namun, beliau mengakui bahawa pemasangan pintu keselamatan memerlukan kos tinggi dan bajet tambahan. Justeru, Prasarana sedang dalam proses merancang pelaksanaan tersebut dengan pertimbangan keutamaan demi keselamatan penumpang.

Mengulas lanjut insiden berkenaan, Loke menjelaskan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diserahkan kepada pihak polis.

Berdasarkan laporan awal, kejadian itu diklasifikasikan sebagai kemalangan, dipercayai berlaku apabila mangsa tidak menyedari kedudukan platform.

MOT menegaskan bahawa keselamatan pengguna pengangkutan awam adalah keutamaan dan sebarang penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat, selaras dengan kemampuan dan keperluan teknikal semasa.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), LRT Pusat Bandar Puchong, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Transit Aliran Ringan (LRT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev