• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Taiwan Maut Jatuh ke Landasan LRT, Tiada Unsur Jenayah Dikenal Pasti

Lelaki Taiwan Maut Jatuh ke Landasan LRT, Tiada Unsur Jenayah Dikenal Pasti

June 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki warga Taiwan maut selepas terjatuh ke landasan LRT di Stesen Pusat Bandar Puchong semalam, namun siasatan polis mengesahkan tiada unsur jenayah terlibat dalam kejadan tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa berusia 63 tahun itu berjalan bersendirian sebelum terjatuh ke landasan tanpa melibatkan individu lain.

Mangsa dilaporkan terjatuh sebelum dilanggar tren dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, pihak polis juga menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu sekitar jam 6.03 petang.

Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk bedah siasat bagi menentukan punca kematian secara rasmi.

Polis kini sedang berusaha menghubungi keluarga mangsa melalui kedutaan Taiwan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan maut, Kematian Mengejut (SDR), LRT Pusat Bandar Puchong, Rapid KL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev