• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Cawangan Langkawi Kini Dibuka di Kuah!

Puspakom Cawangan Langkawi Kini Dibuka di Kuah!

June 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PUSAT Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) membuka cawangan baharu di PT2942, Persiaran Bunga Raya, Kuah, Langkawi dalam usaha memudahkan penduduk pulau itu mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan lebih selesa dan mudah akses.

Langkah itu mencerminkan usaha Puspakom memperluas jangkauan perkhidmatan ke lokasi strategik untuk kemudahan pelanggan.

CEO Puspakom, Mahmood Razak Bahman (dua dari kiri)
CEO Puspakom, Mahmood Razak Bahman

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, cawangan baharu itu adalah sebahagian komitmen syarikat menyediakan perkhidmatan terbaik dan meningkatkan akses pengguna, terutama yang tinggal berkampiran pusat bandar.

Cawangan baharu itu juga diharap dapat memberi manfaat kepada pengguna persendirian dan komersial di pulau berkenaan dengan menyediakan pelbagai jenis pemeriksaan seperti Pemeriksaan Awalan, Berkala, Tukar Hak Milik, dan Sewa-Beli.

Pusat pemeriksaan Puspakom itu beroperasi dari Ahad hingga Khamis, bermula jam 8 pagi hingga 5.30 petang dengan keupayaan memeriksa hingga 100 kenderaan sehari.

Puspakom cawangan Langkawi
Puspakom cawangan Langkawi

Kemudahan turut ditambah baik dengan ruang menunggu berhawa dingin, surau, tandas, dan dua lorong pemeriksaan untuk melancarkan operasi. Ini sebahagian kempen transformasi #MacamBaharu yang bertujuan menjadikan Puspakom lebih kompetitif dan berintegriti.

Terdahulu, pemeriksaan kenderaan dilakukan di tapak sementara di Kompleks Kilim menggunakan Unit Trak Bergerak sejak 2023. Pembukaan cawangan tetap itu juga menamatkan operasi di tapak sementara tersebut pada 30 Mei lalu.

CEO Puspakom, Mahmood Razak Bahman
Puspakom cawangan Langkawi
Puspakom cawangan Langkawi
Puspakom cawangan Langkawi
CEO Puspakom, Mahmood Razak Bahman (dua dari kiri)
Puspakom cawangan Langkawi
Puspakom cawangan Langkawi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CEO Puspakom Mahmood Razak Bahman, Langkawi, Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom), Pusat Pemeriksaan Puspakom, PUSPAKOM, Puspakom Cawangan Langkawi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my