• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / AirAsia Jadi Jenama Penerbangan ke-24 Paling Bernilai di Dunia

AirAsia Jadi Jenama Penerbangan ke-24 Paling Bernilai di Dunia

May 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


AIRASIA terus membuktikan kedudukannya sebagai jenama penerbangan bertaraf global apabila disenaraikan sebagai jenama penerbangan ke-24 paling bernilai di dunia dan ketujuh di Malaysia, menurut laporan Brand Finance Malaysia 100 2025.

Nilai jenama AirAsia melonjak 66 peratus kepada AS$1.93 bilion (RM8.2 bilion), didorong permintaan penumpang yang kukuh, perluasan laluan ke China dan Asia Tengah serta peningkatan kekerapan penerbangan ke destinasi popular.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pencapaian ini membuktikan kekuatan serta daya tahan jenama AirAsia yang kekal komited dalam menyediakan perjalanan yang mampu milik dan mudah diakses.

AirAsia turut diiktiraf sebagai antara 10 jenama paling kukuh di Malaysia dengan penarafan kekuatan jenama AAA-, hasil penyesuaian pantas terhadap trend perjalanan pasca-pandemik dan kemampuan memanfaatkan momentum pasaran.

Melalui pelbagai cabang di bawah Capital A seperti pelancongan, logistik, dan teknologi digital, AirAsia kekal fokus menawarkan nilai, inovasi, dan keterhubungan sekaligus memperkukuh pengaruh serantaunya.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AirAsia, Auto Terkini, Capital A, Tan Sri Tony Fernandes

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev