• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hasil Kutipan Tol Tahunan Lebuhraya WCE Meningkat 107 Peratus

Hasil Kutipan Tol Tahunan Lebuhraya WCE Meningkat 107 Peratus

May 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Lebuhraya WCE
WCE Holdings Bhd mencatatkan penyusutan kerugian bersih kepada RM13.64 juta bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2025, berbanding RM60.76 juta bagi tempoh sama tahun lalu, didorong peningkatan ketara dalam pendapatan dan hasil kutipan tol.

Pendapatan suku tersebut melonjak 247 peratus kepada RM318.1 juta berbanding RM91.6 juta, dipacu aktiviti pembinaan yang rancak dalam segmen konsesi dan pembinaan, dan peningkatan kutipan tol berikuta pembukaan bahagian baharu Lebuhraya Pantai Barat (WCE).

Kutipan Tol Tahunan Meningkat 107 Peratus

Peta laluan Lebuhraya WCE

Hasil kutipan tol turut meningkat 79 peratus secara sukuan yang mencerminkan pertumbuhan trafik kukuh.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025, WCE Holdings mencatatkan kerugian bersih RM138.64 juta, sedikit meningkat berbanding RM133.74 juta tahun sebelumnya, manakala pendapatan tahunan meningkat 2 peratus kepada RM629,10 juta.

WCE menyatakan hasil kutipan tol tahunan meningkat ketara 107 peratus, dipacu pembukaan tiga seksyen utama lebuh raya itu iaitu:

  • Seksyen 1 (Banting-SKVE)
  • Seksyen 2 (SKVE-KESAS)
  • Seksyen 11 (Beruas-Taiping Selatan)

Namun, pendapatan segmen konsesi merosot 18 peratus berikutan penurunan pengiktirafan pendapatan pembinaan.

Segmen Pembinaan Melonjak

Logo Lebuhraya WCE

Segmen pembinaan yang dikendalikan WCE Maju Sdn Bhd pula mencatatkan lonjakan pendapatan 431 peratus sepanjang tahun, disokong pelaksanaan projek secara intensif.

Syarikat optimis terhadap masa depan dan menjangkakan peralihan ke arah keuntungan mampan apabila baki tiga seksyen lebuh raya mula beroperasi sepenuhnya.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kutipan tol, Lebuh Raya, Lebuhraya Pantai Barat  (WCE), Lebuhraya WCE, WCE Holdings Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my