• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara

Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara

May 28, 2025 By Syafie Leave a Comment

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan
PETRONAS melabur RM25 bilion di Sarawak sepanjang tahun lalu, sekali gus memperkukuh peranan negeri itu sebagai hab tenaga utama negara.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelaburan tersebut membabitkan sembilan penemuan hidrokarbon baharu dan dua pengeluaran utama dari medan Kasawari (Blok SK316) dan Jerun (Blok SK408).

Jamin Keselamatan Tenaga Masa Depan, Ekonomi Mampan

Projek pembangunan dan penerokaan luar pesisir sedang giat dijalankan bagi menjamin keselamatan tenaga masa depan negara, termasuk inisiatif pemprosesan seismik menerusi data dan perkongsian strategik.

Awang Tengah menjelaskan pendekatan itu bukan saja menyokong jaminan tenaga jangka panjang dan pertumbuhan ekonomi mampan, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Sarawak dalam sektor tenaga nasional dan antarabangsa.

Beliau turut menegaskan kepentingan gas asli sebagai bahan api peralihan dalam mencapai matlamat emisi karbon sifar bersih.

60 Peratus Rizab Tenaga Dimanfaat

Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR)

Melalui Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR), negeri itu memanfaatkan lebih 60 peratus rizab gas negara untuk memodenkan industrial dan menarik pelaburan berimpak tinggi.

Sebagai sebahagian daripada inisiatif SGR, projek saluran gas bandar bernilai RM100 juta akan diperkenalkan di Bintulu, manakala projek pemasangan saluran pair gas bernilai RM1 bilion dari Bintulu ke Taman Perindustrian Samalaju dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2025.

SUMBER: BeritaHarian

Related

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Hab Tenaga Negara, Petronas, Sarawak, Sarawak Gas Roadmap (SGR), Timbalan Premier Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
    JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!
    #GIIAS2025: BYD Atto 1 Rasmi Dilancar di Indonesia, Harga Mula RM51k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev