• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely JISU Fortune - Kapal Ro-Ro Mula Belayar Bawa 5k Unit Kenderaan!

Geely JISU Fortune - Kapal Ro-Ro Mula Belayar Bawa 5k Unit Kenderaan!

May 26, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Kapal Ro-Ro Geely JISU Fortune
DALAM industri automotif global, strategi logistik adalah penting. Misalnya, BYD sudah mempunyai tiga kapal Ro-Ro (Roll On/Roll Off) dan terbaharu BYD Hefei dengan muatan 7,000 unit kereta sudah memulakan pelayaran Januari lalu.

Lebih menggagumkan, BYD merancang memiliki lapan unit kapal pengangkut bermula tahun depan.

Kapal Ro-Ro Pertama Geely

Kini Geely mengambil strategi sama dan baru saja meraikan pelancaran rasmi kapal Ro-Ro pertama pengeluar itu, Geely JISU Fortune pada 22 Mei lalu, yang dikendalikan JISU Logistics.

Berlepas dari Pelabuhan Taicang, China, kapal canggih itu sudah pun memulakan pelayaran sulung bersejarah dengan membawa 5,000 unit kenderaan ke pasaran utama Eropah seperti Britain, Belanda, Belgium, dan lain-lain destinasi.

Meningkatkan Kecekapan Eksport Geely

Logo Lynk & Co
Logo Zeekr
Logo Geely Auto

Pelayaran penting tersebut membolehkan Geely menghantar pelbagai kenderaan di bawah naungan jenama itu seperti Geely Auto, Lynk & Co, Zeekr, dan banyak lagi kepada pelanggan seluruh dunia dengan kecekapan lebih tinggi.

Ini langkah signifikan dalam perjalanan Geely mengukuhkan kehadiran global dan membuat penghantaran kenderaan bertaraf dunia ke pasaran antarabangsa dengan lebih efisien.

Spesifikasi JISU Fortune

Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune

Kapal JISU Fortune mempunyai spesifikasi berikut:

  • Dimensi panjang 199.9 meter, lebar 38 meter, dan rekabentuk drauf (kedalaman kapal bawah paras air) 8.6 meter
  • Kelajuan rekabentuk 19 knot
  • Mempunyai dek kereta 12 tingkat, termasuk dek kenderaan tetap lapan tingkat dan dek angkat empat tingkat
  • Mempunyai kapasiti muatan 7,000 unit kereta, trak berat dan kenderaan lain.
  • Dek kereta 12 tingkat kapal mampu memuatkan kenderaan petrol dan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang dilengkapi bateri litium.
  • Dek ke-11 dan ke-12 khusus untuk mengangkut NEV kuasa hidrogen dan gas asli.

Inovasi Hijau dalam Logistik Maritim

Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune

Kapal Ro-Ro itu ditetapkan untuk merevolusi logistik maritim di laluan global utama, seperti laluan Asia-Eropah (laluan Tanjung Harapan), laluan China-Brazil, dan laluan strategik lain.

JISU Fortune dilengkapi dua set tangki simpanan LNG jenis C 2,000 meter padu dan dikuasakan bahan api LNG hijau. Penggunaan LNG mengurangkan emisi dan penggunaan tenaga secara ketara.

Pilihan bahan api fleksibel, kebolehsuaian laluan luar biasa, dan penggunaan tenaga per unit rendah menjadikan kapal Ro-Ro itu peneraju dalam anjakan industri ke arah kapal pengangkut lebih besar, lebih hijau, dan lebih pintar.

Memperkukuh Daya Saing Global Geely

Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune

Pelancaran rasmi Geely JISU Fortune mengukuhkan rangkaian logistik global Geely Automobile, meningkatkan kecekapan eksport dan mempertingkat daya saing jenama itu di pasaran antarabangsa.

Kapal berkenaan akan berfungsi sebagai pengangkutan eksport utama Geely dan jenama-jenama gabungan, meliputi pasaran teras Eropah, Asia, dan Amerika. Ini akan memastikan penghantaran produk kepada pengguna global dengan cara lebih cekap dan lestari.

Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune
Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune
Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune
Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune
Kapal Ro-Ro, Geely JISU Fortune

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Global, Auto Terkini, Geely, Geely Jisu Fortune, JISU Logistics, Kapa Ro-Ro

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev