• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / IJM Dapat Projek Sambungan Lebuhraya NPE, Struktur Semula Kadar Tol

IJM Dapat Projek Sambungan Lebuhraya NPE, Struktur Semula Kadar Tol

May 26, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

Placa Tol Pantai Dalam Lebuhraya NPE
KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) memberi lampu hijau kepada IJM Corporation Bhd (IJM) untuk melaksanakan projek sambungan Lebuhraya Pantai Baru (NPE) dan penstrukturan semula kadar tol NPE sedia ada.

Pihak Bahagian Tol Infrastruktur IJM yang menguruskan konsesi lebuh raya tersebut akan melaksanakan projek tersebut dengan kos pembinaan kira-kira RM1.4 bilion.

Lebuh Raya Bertingkat Sepanjang 15km

Peta Lebuhraya NPE

Projek sambungan itu membabitkan NPE bertingkat sepanjang 15km (termasuk laluan berarah) yang direka untuk menambah baik kesalinghubungan, membantu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan mobiliti di koridor utama Lembah Klang.

Menurut kenyataan IJM;

Projek sambungan NPE, dengan satu plaza tol baharu akan dibiayai sepenuhnya pemegang konsesi tanpa sebarang pembiayaan Kerajaan. Kerja pembinaan dijangka bermula suku ketiga 2025 dan lebuh raya ini disasarkan mula beroperasi pada 2029.

"Penstrukturan semula kadar tol bagi NPE sedia ada memerlukan kadar tol semasa dikekalkan hingga tamat tempoh konsesi."

Hubungkan Palaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana

Logo Lebuhraya NPE

Sambungan NPE akan menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam secara langsung ke Persimpangan Jalan Istana melalui Jalan Syed Putra yang menghubungkan tiga lebuh raya utama - NPE, Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Laluan Istana-Kiara (LIKE) yang bakal dibina.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM, Datuk Lee Chun Fai berkata;

"Kelulusan ini adalah pencapaian penting dalam usaha kumpulan untuk menambah baik mobiliti bandar di Lembah Klang. Sambungan NPE ini direka bukan hanya untuk aliran trafik lebih efisien tetapi juga mengurangkan masa perjalanan dan menyokong perjalanan harian pengguna dan perniagaan dengan mengurangkan tekanan (kesesakan) di laluan utama bandar."

Bagi menyokong perjalanan masa depan, sambungan NPE akan dilengkapi infrastruktur pintar seperti Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), pemantauan CCTV masa nyata bersepadu, lampu jalan pintar dan kawasan hentian rehat baharu dengan kemudahan stesen pengecasan pantas untuk kenderaan elektrik (EV).

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, IJM Corporation Bhd. (IJM), Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev