• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Malaysia Airlines, Google Jalin Kerjasama Percepat Transformasi Digital Menerusi AI, Data

Malaysia Airlines, Google Jalin Kerjasama Percepat Transformasi Digital Menerusi AI, Data

May 23, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


MALAYSIA Airlines menjalin kerjasama strategik dengan Google dalam usaha mempercepat transformasi digital syarikat melalui kecerdasan buatan (AI), pemasaran berasaskan data, dan pengalaman digital inovatif.

Inisiatif itu adalah kesinambungan usaha dimulakan sejak 2024 yang menumpukan kepada penerapan teknologi secara menyeluruh dalam operasi syarikat penerbangan nasional tersebut.

Jadikan Malaysia Pintu Masuk Asia

Kerjasama tersebut bertujuan memperkukuh hubungan peribadi dengan pelanggan dan menyokong matlamat menjadikan Malaysia sebagai pintu masuk ke Asia sejajar kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ketua Pegawai Komersia (COC) MAG, Dersenish Aresandiran menegaskan kerjasama itu membabitkan keseluruhan pengalaman pelanggan dari fasa inspirasi dan tempahan hingga ke pengalaman perjalanan sebenar.

Melalui kepakaran Google dan teknologi AI seperti Gemini, Malaysia Airlines dapat menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih tersuai dan relevan dengan memanfaatkan data analitik dan paparan interaktif AI di platform seperti pameran MATTA.

Teknologi Veo pula digunakan untuk menukar gambar kepada video dinamik bagi perkongsian media sosial.

Kempen Global Menerusi YouTube

Sebagai sebahagian Pelan Perniagaan Bersama, kedua-dua pihak turut merancang kempen jenama global menerusi YouTube, khususnya di pasaran utama seperti Britain, Australia, New Zealand, Jepun, dan Asean.

Pendekatan itu menyokong strategi pengembangan pasaran dan pembinaan kesetiaan pelanggan Malaysia Airlines secara berterusan.

Pengarah Negara Google Malaysia, Farhan Qureshi menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai bukti gabungan teknologi dan kreativiti dalam mentransformasi pengalaman perjalanan skala global.

Secara keseluruhan, usaha itu memperkukuh komitmen Malaysia Airlines terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam industri penerbangan serantau.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Google, Kecerdasan Buatan (AI), Malaysia Airlines (MAS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!
    My50 Kini Boleh Dibeli, Diaktifkan Terus Melalui TNG eWallet!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev