• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / FIA Mahu Perkenal Cermin Depan untuk Semua Kereta F1

FIA Mahu Perkenal Cermin Depan untuk Semua Kereta F1

July 10, 2017 By Han Othman 1 Comment

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KOKPIT terbuka, roda mudah tanggal dan kerusi tunggal adalah antara ciri eksklusif yang cukup sinonim dengan sesebuah kereta lumba Formula Satu (F1). Namun kebelakangan ini, muncul tuntutan yang mendesak ciri keselamatan tambahan kepada pemandu supaya dilindungi daripada serpihan dan gangguan lain ketika berlumba. 

Ada banyak cadangan diusulkan, tetapi apa dinyatakan di bawah ini adalah antara penyelesaian yang sedang diteliti Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) menerusi rekacipta dipanggil 'Shield' (perisai).

Ciri baharu itu berupa cermin depan daripada material polikarbonat (baca: plastik), yang direka secara aerodinamik untuk membalut sekeliling kokpit terbuka, ataupun menutup keseluruhan kokpit. Namun, jika kokpit ditutup sepenuhnya, isu pengudaraan pula perlu diatasi supaya pemandu tidak kepanasan sepanjang perlumbaan akibat bahang enjin dan persekitaran.

LEBIH PRAKTIKAL BERBANDING 'HALO'

Dipersembahkan secara digital pada model Williams FW40 2017, cadangan itu kini diterima (sekurang-kurangnya buat masa sekarang) sebagai paling praktikal berbanding peranti 'halo' (gambar atas) berupa frem gentian karbon, yang dipasang mengelilingi kokpit. Namun, rupa peranti tersebut dilihat agak pelik dan seakan menghalang pandangan pemandu selain berisiko menyebabkan kemalangan dan kekalahan.

Walaupun cadangan awal 'Shield' itu diterima pakai FIA, ciri baharu tersebut masih jauh daripada penyelesaian akhir dan banyak lagi ujian perlu dilakukan. Ferrari sendiri akan melakukan ujian 'perisai' tersebut (sebelum ini dipanggil aeroscreen) semasa sesi latihan di Grand Prix Britain minggu depan. Jika tidak, penyelesaian akan kembali semula kepada rekabentuk peranti 'halo'.

Di bawah ini adalah gambaran artis, Giogio Piola dari Motorsport.com

SUMBER: Car Scoops

Related

224
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, ciri keselamatan kereta F1, F1, FIA, Formula Satu (F1), Halo, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Shield

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my