• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MIDA, Chery Jalin MoU Kerjasama Strategik untuk Pembangunan Sektor Automotif Malaysia

MIDA, Chery Jalin MoU Kerjasama Strategik untuk Pembangunan Sektor Automotif Malaysia

May 22, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

MIDA dan Chery jalin MoU untuk kerjasama strategik automotif di Malaysia
LEMBAGA Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Chery Corporate Malaysia melancarkan Program Sinergi Rantaian Bekalan Premier Chery (Chery Premier Supply Chain Synergy Programme) yang menandakan lonjakan besar dalam pembangunan industri automotif negara.

Majlis di ibu pejabat MIDA itu menyatukan 12 pembekal Chery dari China dan 23 pembekal tempatan dalam satu platform kolaborasi kukuh dengan sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),  dan Institut Robotik Automotif dan IoT Malaysia (MARii).

Logo MIDA
Logo Chery

Fokus Pembangunan Vendor Tempatan, Kenderaan NxGV dan Industri 4.0

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIDA, Datuk Sikh Shamsul Ibrahim berkata program ini sejajar Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 yang menumpukan kepada pembangunan vendor tempatan, kenderaan generasi baharu (NxGV), dan amalan Industri 4.0.

Kerjasama tersebut dijangka mempercepat pemindahan teknologi, memperkukuh rantaian bekalan dan menambah keupayaan industri tempatan.

Chery Komited Perkukuh Ekosistem Rantaian Bekalan Tempatan

Naib Presiden Eksekutif Chery, Leo Chen pula berkata, inisiatif berkenaan mencerminkan komitmen Chery dałam memperkukuh ekosistem rantaian bekalan tempatan dan memacu pertumbuhan industri automotif moden dan mampan.

Platform tersebut membuka ruang pertukaran teknologi antara pembekal Malaysia dan China dalam kejuruteraan automotif dan pembuatan pintar.

Malaysia Bakal Jadi Hab Pengeluaran Utama Chery di Asean

Chery bakal membina bandar pintar automotif di Lembah Beringin

Antara sorotan utama acara adalah pembentangan projek Taman Perindustrian Chery Smart Auto di Beringin High-Tech Auto Valley, Lembah Beringin yang bakal menjadi hab pengeluaran utama Chery di Asean dan simbol komitmen jangka panjang pengeluar itu terhadap pelaburan di Malaysia.

Ada empat Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani dalam program itu, membabitkan kerjasama dalam komponen automotif, pemindahan teknologi dan pelaburan bersama.

Usaha tersebut turut menyokong permintaan global terhadap mobiliti pintar dan elektrifikasi, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab automotif berinovasi tinggi di Asia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chery Corporate Malaysia (CCM), Institut Robotik Automotif dan IoT Malaysia (MARii), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), memorandum persefahaman (MoU)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev