• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)

JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)

May 22, 2025 By Syafie Leave a Comment

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JPJ perkenal rekaan ilustrasi baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan ilustrasi baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM) dengan ciri keselamatan dipertingkat.

Lesen fizikal itu hanya diberikan kepada warganegara yang mahu ke luar negara dan bukan warganegara, manakala pemohon lain hanya menerima versi digital melalui aplikasi MyJPJ.

Tidak Semua Negara Iktiraf Lesen Digital

JPJ perkenal rekaan ilustrasi baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
JPJ perkenal rekaan ilustrasi baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, lesen fizikal diperlukan kerana tidak semua negara mengiktiraf lesen digital yang memerlukan pemohon membawa LMM fizikal dan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) ketika ke luar negara.

LMM baharu direka dengan ciri keselamatan bagi mengelak pemalsuan dan mempunyai ketahanan untuk digunakan dalam tempoh 10 tahun dengan rekaan latar Bangunan Sultan Abdul Samad dan Istana Negara termasuk motif abstrak tempatan.

Pengedaran kad LMM itu akan dilakukan berperingkat di cawangan JPJ terpilih.

JPJ Tambah Baik Pelesenan dan Operasi Institut Memandu (IM)

Dalam perkembangan lain, JPJ menambah baik tiga aspek utama pelesenan dan operasi 248 institusi memandu (IM) melibatkan:

  • Panduan penubuhan IM baharu
  • Pembangunan sistem eTesting
  • Pusat Ujian Berkomputer KPP01
  • Meningkatkan operasi penguatkuasaan khas

Penambahbaikan tersebut bertujuan menangani isu kelewatan dan kesesakan calon.

Di Klang misalnya, calon perlu menunggu hingga tiga bulan berbanding sebulan di sesetengah IM lain. Dalam Operasi Khas di Johor, dua IM dikesan melakukan 80 kesalahan seperti mengajar tanpa SPIM dan tiada pengawasan ketika latihan.

Related

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lesen memandu Malaysia (LMM), LMM, MyJPJ

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my