DUCATI 1299 Panigale R Final Edition dibikin sebagai penghormatan kepada enjin silinder kembar yang melakar sejarah Ducati dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK). Lebih penting, Ducati tahu betapa menghasilkan sebuah motosikal edisi khas bukan sekadar menukar set gantian sahaja, tetapi lebih daripada itu.
Bagaimanapun, 1299 Panigale R Final Edition tetap menerima warna khas tiga jalur yang dijadikan tribut kepada enjin silinder kembar yang sudah sampai ke penghujung kitaran produk motosikal berkenaan.
Ducati memilih pusingan kelapan WorldSBK 2017 yang berlangsung di Laguna Seca, California, Amerika Syarikat (AS) untuk debut jentera itu. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati Motor Holding, Claudio Domenicali sendiri tampil mendedahkan motosikal tersebut bersama dua pelumba Aruba.it Racing-Ducati, Chaz Davies dan Marco Melandri.
BACA >>> Ducati Panigale V4 S RC - Motosikal RC Pertama Dunia yang Boleh Wheelie
FAKTA DUCATI 1299 PANIGALE R FINAL EDITION
- Setiap unit motosikal ada nombor siri.
- Enjin 1299 Final Edition Superquadro silinder kembar patuhi Euro 4.
- Berkuasa 209hp pada 11,000rpm dengan tork 142Nm (9,000rpm) - diuji berdasarkan dinamometer mengikut peraturan homologasi.
- Aci engkol lebih ringan dengan pic engkol lebih besar dan pad pengimbang tungsten.
- Injap masukan ekzos dan conrod titanium.
- Casis monokok ultra kompak dibangunkan Ducati Corse berserta kotak udara menyumbang kepada berat kering 168kg, manakala berat basah (kerb), 190kg.
- Setup casis motosikal supersport sama seperti Panigale R yang menggunakan suspensi mekanikal Öhlins dan condong 24º.
- Menggunakan set lengkap ekzos titanium Akrapovič dengan dua peredam (patuh Euro 4), sama seperti Panigale R yang bersaing dalam Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK).
- Sistem elektronik terdiri daripada Unit Unjuran Inersia (IMU) Bosch dan turut dilengkapi Belokan ABS, Kawalan Wheelie Ducati EVO (DWC EVO), Kawalan Traksi Ducati EVO (DTC EVO) dan Kawalan Brek Enjin (EBC).
- Semua sistem tersebut mempunyai talaan yang dihubungkan dengan mod tunggangan, iaitu Race, Sport dan Wet yang boleh ditetapkan mengikut pilihan peribadi.
KEJAYAAN ENJIN SILINDER KEMBAR DUCATI
- Marco Lucchinelli menang pertama kali pada 3 April 1988 dengan Ducati 851 di Donington Park, England.
- Sehingga kini, Ducati suda memenangi tidak kurang 333 perlumbaan dengan 17 kejuaraan pengeluar dan 14 kejuaraan penunggang.
- Enjin ini akan digantikan enjin V4 generasi baharu dengan input daripada MotoGP.
BACA >>> Ducati Panigale V4 25º Anniversario 916 Sempena Tribut Superbike Ikonik 916
GIMIK KHAS
- Pasukan Aruba.it Racing-Ducati menggunakan grafik yang sama seperti 1299 Panigale R Final Edition pada motosikal lumba Chaz Davies dan Marco Melandri pada perlumbaan 1 dan 2 WorldSBK di litar Laguna Seca, California, Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.
Leave a Reply