DALAM usaha menyediakan perkhidmatan selepas jualan lebih baik, Volvo Car Malaysia menerusi pengedarnya, iRoll Auto Sdn Bhd membuka pusat 3S (jualan, servis & alat ganti) di Juru Auto-City, Pulau Pinang.
Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland berkata, pemilihan Juru Auto-City ialah tepat memandangkan lokasi itu mudah diakses, terutama pelanggan yang berada sekitar Pulau Pinang dan utara tanah air.
Dengan mengadaptasikan konsep Volvo Retail Experience (VRE), rekaan pusat 3S Volvo Juru diinspirasikan berasaskan konsep Scandinavia. Bagi keselesaan, pusat 3S Volvo Juru menyediakan ruangan menunggu lebih selesa selain turut memberikan pengalaman menyeronokkan kepada semua pelanggan.
Sekiranya anda ingin membuat tempahan dan janji temu, hubungi pusat 3S Volvo Juru di talian 04-5080 888 atau emel kepada [email protected]. Bilik pameran itu dibuka bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, daripada Isnin hingga Sabtu.
Leave a Reply