• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: Ada Kanggaru Tersorok Dalam Kenderaan Nissan!

#TahukahAnda: Ada Kanggaru Tersorok Dalam Kenderaan Nissan!

May 21, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

TAHUKAH ANDA? Sejak sekian lama, banyak kenderaan Nissan di seluruh dunia mempunyai kejutan tersembunyi. Apa yang dimaksudkan adalah corak atau ikon kanggaru!

Ikon kanggaru dicetak pada komponen yang dihasilkan di Nissan Casting Australia Plant (NCAP), sebagai penghargaan kepada asal usul buatan Australia.

Sebagai imbasan, tidak kurang yang mengkritik lambang pagoda pada bahagian cermin Proton e.MAS 7 namun itulah kelebihan sebagai pengeluar. Nissan Australia pula menggunakan kanggaru sebagai identiti dan penghargaan.

Berpangkalan di Dandenong South, Victoria, NCAP adalah tunjang utama rangkaian pembuatan global Nissan. Sebagai pembekal tunggal untuk 40 komponen berbeza, kilang ini mengeluarkan 1.2 juta barangan setiap tahun.

Ini termasuk pelbagai jenis tuangan (casting) dan aksesori untuk kenderaan elektrik (EV) aluminium tuangan tekanan tinggi, e-POWER, Pacuan Akhir (Final Drive) dan komponen enjin pembakaran dalaman (ICE).

Sebanyak 25 komponen aluminium tuangan tekanan tinggi yang berbeza dan enam jenis bar penarik untuk kegunaan di pasaran domestik dan antarabangsa turut dihasilkan.

Semua barangan dieksport ke kilang pemasangan antarabangsa untuk dibekalkan ke pasaran global.

Ini bermakna beberapa model ikonik Nissan di rantau Afrika, Timur Tengah, India, Eropah & Oceania (AMIEO), seperti Nissan LEAF dan Patrol, kini dengan jelas memaparkan simbol ketukangan dan kualiti Australia melalui ikon kanggaru istimewa NCAP.

Pengiktirafan Rasmi Buatan Australia

Lambang komponen berkualiti kini telah diiktiraf secara rasmi. NCAP telah berjaya memperoleh status Buatan Australia, di mana setiap bar penarik serta tuangan aluminium tekanan tinggi dan rendah dari kilang itu kini diakreditasi.

Andrew Humberstone, Pengarah Urusan Nissan Oceania, menyatakan, "Selama bertahun-tahun, pasukan di Nissan Casting Australia Plant telah menyertakan satu tanda unik pada setiap komponen yang dihantar ke luar negara, yang kami ibaratkan sebagai Easter egg. Dengan pensijilan rasmi, satu yang amat mengujakan melihat lambang kanggaru mendapat pengiktirafan global dengan logo Buatan Australia yang jelas terpampang untuk tontonan dunia."

Beliau menambah, "Nissan Casting Australia Plant adalah kisah kejayaan sebenar dalam pembuatan automotif tempatan, dan kami amat bangga dengannya. Memperoleh pensijilan rasmi 'Buatan Australia' adalah pengiktirafan kerja keras pasukan ini sepanjang tempoh yang panjang dalam menghasilkan komponen bertaraf dunia yang terdapat dalam kenderaan Nissan di seluruh dunia."

Simbol Kebanggaan Australia

Simbol Buatan Australia adalah salah satu yang paling disayangi dan dikenali di sana. Hasil Penyelidikan Roy Morgan (2024) yang dijalankan menunjukkan 99 peratus rakyat Australia mengenalinya dan 91 peratus rakyat ingin melihat lebih banyak produk Buatan Australia di pasaran.

Label ikonik kanggaru kuning dengan latar belakang hijau hanya dikeluarkan kepada produk yang memenuhi kriteria ketat, termasuk produk itu telah menjalani transformasi penting terakhir di Australia.

Evolusi dan Kecemerlangan Kilang NCAP

Ditubuhkan pada tahun 1982, Nissan Casting Australia Plant kini menempatkan 192 kakitangan dan kontraktor. NCAP telah berkembang seiring dengan industri dan peralihan kepada kenderaan sifar emisi, daripada menghasilkan komponen untuk kenderaan berkuasa pembakaran dalaman (ICE) kepada pembuatan komponen rangkaian kuasa hibrid elektrik dan e-POWER.

Pasukan jurutera dan pekerja berkemahiran tinggi bekerjasama rapat dengan pasukan pembangunan di Jepun, yang membantu membentuk penglibatan Nissan dalam masa depan mobiliti kenderaan.

Permintaan Meningkat untuk Produk Australia

Ketua Eksekutif Australian Made, Ben Lazzaro, memuji langkah Nissan Casting Plant Australia memperkukuh komitmen terhadap pembuatan tempatan dengan mula mengecap tuangan aluminium dan bar penarik mereka dengan lambang kanggaru ikonik.

Beliau menjelaskan bahawa permintaan terhadap produk Australia semakin meningkat, dengan negara asal semakin mempengaruhi keputusan pembelian.

Lazzaro menambah, produk Australia diakui dihasilkan mengikut piawaian tertinggi di dunia, menjadikannya dipercayai kerana keselamatan dan kualitinya.

Sejak lebih 35 tahun, logo kanggaru hijau dan emas yang dipercayai telah membantu ribuan jenama menyampaikan pengiktirafan Australia mereka kepada pengguna, perniagaan, dan semua peringkat kerajaan, dan bagi sesebuah syarikat, menyertai kumpulan terkemuka ini adalah pencapaian yang hebat.

Kredit gambar: Nissan

ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.02
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.01
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.03
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.04
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.05
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.14
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.13
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.12
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.11
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.10
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.09
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.06
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.08
ASR - Nissan Casting Australia Plant (NCAP) earns official Australian Made certification.07

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan, Nissan Casting Australia Plant (NCAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev