• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Operasi Rapid KL Dilanjut Hingga Waktu Puncak Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Operasi Rapid KL Dilanjut Hingga Waktu Puncak Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

May 20, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Bas Rapid KL Jalan Ampang
SEMPENA Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) memaklumkan operasi rel dan bas Rapid KL akan dilanjutkan hingga waktu puncak bermula Jumaat ini hingga Selasa depan (27/06).

Waktu puncak hari bekerja akan ditambah satu jam dan akan beroperasi bermula:

  • 6.30 pagi hingga 10 pagi
  • 4.30 petang hingga 8 malam

Sebagai langkah tambahan, kekerapan tren juga akan dikurangkan kepada setiap 4 hingga 8 minit pada Sabtu dan Ahad bagi menampung peningkatan jumlah penumpang sepanjang minggu berkenaan.

Laluan Bas dan Rapid KL On-Demand Alami Kelewatan

Prasarana  turut memaklumkan beberapa laluan bas seperti laluan 402, 302, 300, 303, dan perkhidmatan Rapid KL On-Demand dijangka mengalami kelewatan akibat penutupan jalan secara berperingkat di kawasan ibu kota.

Orang ramai yang mahu ke KLCC dan sekitar kawasan itu disaran menggunakan perkhidmatan rel seperti Stesen KLCC, Persiaran KLCC, Raja Chulan, Conlay, dan Bukit Bintang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Prasaran menasihati penumpang supaya merancang perjalanan lebih awal, memantau notifikasi saluran rasmi Rapid KL atau aplikasi PULSE, dan mempertimbang penggunaan rel sebagai alternatif perjalanan.

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bas Rapid KL, Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana), Sidang Kemuncak ASEAN, Sidang Kemuncak ASEAN ke-46

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my