MG Motor Malaysia secara rasmi mengumumkan pembukaan tempahan untuk model kenderaan elektrik (EV) terbaharu jenama itu – MGS5 EV 2025, iaitu kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B EV yang bukan saja bergaya dan luas, tetapi hadir pada harga mampu milik dengan pelbagai ciri premium!
Model itu ditawarkan dalam tiga varian dengan dua pilihan kapasiti bateri, dan sempena pelancaran, 500 pembeli pertama bakal menikmati harga promosi istimewa bermula RM109,900 berserta pengecas Wallbox 7kW PERCUMA.
Harga Rasmi MGS5 EV 2025 di Malaysia
Varian | Harga Asal | Harga Pelancaran |
---|---|---|
MG S5 EV COM (49kWh) | RM115,900 | RM109,900 |
MG S5 EV COM Long Range (62kWh) | RM125,900 | RM119,900 |
MG S5 EV LUX Long Range (62kWh) | RM135,900 | RM129,900 |
Prestasi dan Varian MGS5 EV 2025 - Jarak Pandu Hingga 430km!
MGS5 EV 2025 hadir dalam dua varian utama: COM dan LUX dengan pilihan bateri:
- 49kWh (COM): Jarak WLTP hingga 340km
- 62kWh (COM dan LUX): Jarak WLTP hingga 430km
Semua varian menggunakan pacuan roda belakang (RWD) dengan output kuasa 170ps dan tork 250Nm yang menjadikan model itu antara SUV elektrik paling berkuasa dalam segmen harga.
Varian LUX Long Range menyokong pengecasan pantas (DC) 150kW yang mampu dicas 10-80 peratus dalam masa 26 minit, sesuai untuk gaya hidup aktif dan mobiliti tanpa gangguan.
Ciri Premium Varian LUX Long Range - EV Aras Mula Paling Lengkap?
- Rim aloi 18 inci
- Bumbung matahari panoramik
- Kerusi fabrik+kulit dengan logo MG jenis boleh laras elektrik (pemandu)
- Stereng kulit dengan pemanas
- Pengecas telefon wayarles
- Enam pembesar suara premium
- Pintu but elektrik
- Kamera pandang keliling 360º
Semua varian turut dilengkapi:
- Lampu depan LED dengan lampu siang (DRL) Racing Flag
- Lampu belakang Arch dengan DNA MG
- Unit infotainmen 12.8 inci dengan konektiviti wayarles Apple CarPlay dan Android Auto
- Kluster instrumen digital 10.25 inci
- Fungsi Vehicle-to-Load (V2L)
- Kapasiti but luas hingga 1,441 liter
- Konektiviti pintar MG iSMART dengan arahan suara
- Susun atur bateri ultra-nipis untuk lebih ruang dan kestabilan
Warna Pilihan MGS5 EV 2025
Ada lima warna ditawarkan, termasuk satu warna khas untuk varian premium:
- Artic White (putih)
- Monument Silver (perak)
- Camden Grey (kelabu)
- Dynamic Red (merah)
- Elegant Latte (varian LUX sahaja)
Pakej Waranti Komprehensif
- 7 tahun waranti kenderaan tanpa had perbatuan
- 8 tahun atau 180,000km waranti pek bateri voltan tinggi
- 8 tahun atau 160,000km waranti motor pacuan dan unit kawalan motor
Pandu Uji di Mid Valley Megamall, 20-25 Mei 2025
Pengunjung kini boleh memandu uji sendiri MGS5 EV 2025 di acara 'Dare to Love' yang sedang berlangsung di Centre Court, Mid Valley Megamall hingga 25 Mei 2025.
MG turut mempamerkan model lain seperti MG4, MG5, MG HS dan roadster EV pertama dunia dengan bumbung soft-top Cyberster,!
Tawaran Tambahan Sepanjang Acara
Sempena pelancaran rasmi di Mid Valley, MG Motor Malaysia memperkenalkan tawaran menarik kepada pengunjung yang membeli model MG, berupa:
- Pengecasan tanpa had selama setahun untuk pembeli MG Cyberster (JomCharge)
- Pengecas Wallbox 7kW PERCUMA untuk Cyberster
- Rebat tunai RM5,000 untuk MG5 dan MG HS
- Miliki MG4 dengan bayaran serendah RM974 sebulan
Leave a Reply