• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 789 Anggota Trafik Dikerah Kawal Lalu Lintas Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN

789 Anggota Trafik Dikerah Kawal Lalu Lintas Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN

May 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SERAMAI 789 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan bagi mengawal dan memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung dari Jumaat hingga 28 Mei ini.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri memaklumkan penugasan ini merangkumi 292 anggota dari kontinjen Kuala Lumpur, manakala selebihnya, iaitu 497 anggota, dikerahkan dari kontinjen lain di seluruh negara untuk menyokong keperluan operasi berskala besar ini.

Bagi melancarkan operasi ini, sebanyak 36 kereta peronda (MPV), 313 motosikal berkuasa tinggi, 190 motosikal biasa serta beberapa unit lori tunda akan digunakan.

Aset-aset ini penting untuk mengurus laluan konsoi dan juga menunda kenderaan yang menghalang perjalanan rasmi.

Orang ramai diingatkan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui media serta dinasihatkan merancang perjalanan menggunakan jalan alternatif atau pengangkutan awam. Ini kerana sebahagian jalan akan ditutup secara berkala mulai 23 Mei bagi memberi laluan kepada acara rasmi dan pergerakan delegasi.

Sebagai persediaan, raptai kawalan trafik dijalankan pada 21 dan 22 Mei melibatkan elemen kawalan laluan, lokasi dan konvoi.

Selain itu, Op Samseng Jalanan dan operasi penguatkuasaan lain tetap diteruskan sepanjang tempoh sidang bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sidang Kemuncak ASEAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev