• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

May 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Lebuh raya dan jalan utama Lembah Klang ditutup sempen Sidang ASEAN 2025 di Malaysia.
SEBANYAK enam lebuhraya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan ditutup secara berperingkat dari 23 hingga 28 Mei bersempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Malaysia.

Penutupan ini bertujuan memastikan kelancaran laluan dan keselamatan sepanjang tempoh sidang berlangsung.

Penutupan ke Akses Lokasi Penting

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, jalan yang akan ditutup melibatkan akses ke lokasi penting seperti:

  • Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
  • Istana Negara
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Penutupan dijadual berlangsung 30 hingga 45 minit secara berkala antara jam 8 pagi dan 8 malam.

Jalan Utama dan Lebuh Raya Terlibat

Berikut jalan utama dan lebuh raya terlibat:

  • Jalan Sultan Ismail
  • Jalan Ampang
  • Jalan Tun Abdul Razak
  • Jalan Parlimen
  • Jalan Damansara
  • Jalan Kuching
  • ELITE
  • NKVE
  • GUTHRIE
  • MEX
  • KL–Seremban
  • PLUS dari arah Sungai Buloh ke Jalan Duta

Beberapa persimpangan strategik sekitar KLCC seperti Jalan P Ramlee, Jalan Perak, Jalan Pinang dan Persiaran KLCC juga ditutup buat sementara waktu.

Selain itu, laluan utama ke lapangan terbang seperti KLIA dan TUDM Subang, termasuk Lingkaran Putrajaya dan Lebuh KLIA turut terlibat dengan penutupan sementara.

Raptai Konvoi pada 21,22 Mei Ini

Bagi persiapan rapi, raptai pergerakan konvoi akan diadakan pada 21 dan 22 Mei ini.

Mohd Yusri menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan pengangkutan awam sepanjang tempoh sidang. Kerjasama semua pihak sangat penting bagi memastikan kelancaran dan keselamatan trafik sepanjang acara antarabangsa itu berlangsung.

SUMBER: Utusan

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, Penutupan jalan, Sidang Kemuncak ASEAN

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev