• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lorong Bas Jalan Ampang Operasi Hingga Waktu Puncak Petang Mula 19 Mei 2025

Lorong Bas Jalan Ampang Operasi Hingga Waktu Puncak Petang Mula 19 Mei 2025

May 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Bas Rapid KL Jalan Ampang
OPERASI lorong bas di Jalan Ampang akan dilanjutkan hingga waktu puncak petang bermula 19 Mei 2025 ini, melibatkan tempoh antara 4.30 petang hingga 7 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Kawasan Liputan dan Laluan Bas

Logo Rapid KL
Logo JKR

Pelaksanaan ini membabitkan kerjasama antara Rapid Bus Sdn Bhd dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor meliputi jarak 0.62km dari:

  • Persimpangan Jalan Memanda 1 ke Jalan Memanda 9
  •  Jalan Cengal ke lampu isyarat Jalan Wawasan Ampang

Laluan Bas:

  • Bas 300
  • Bas 303
  • Bas perantara (dari kawasan Pandan Indah, Bukit Indah, Mulia Jaya, dan Lembah Maju)

Jumlah Penumpang Harian Bertambah

Sejak diperkenalkan pada Julai 2023, lorong bas di Jalan Ampang mencatatkan peningkatan penumpang harian 12.52 peratus, selain mengurangkan masa perjalanan antara 10 hingga 15 minit. Jadi inisiatif itu diharapkan dapat mendorong lebih ramai pengguna untuk menggunakan pengangkutan awam pada masa akan datang.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Ku Jamil Zakaria meminta semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan tidak menyalah gunan lorong bas demi keselamatan dan kelancaran trafik. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama semua pihak bagi menjayakan pelaksanaan tersebut.

Prestasi Dinilai Tiga Bulan

Penilaian prestasi akan dijalankan selama tiga bulan melibatkan kerjasama JKR, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), dan Kementerian Pengangkutan (MOT). Orang ramai disaran merancang perjalanan menggunakan aplikasi PLUSE dan menyemak lokasi bas secara nyata melalui Google Maps.

Sebarang pertanyaan boleh diaju melalui media sosial rasmi Rapid KL.

SUMBER: Rapid KL

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Jalan Ampang, Rapid KL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my