• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Sedia Beri Kerjasama dalam Siasatan Kemalangan Trak FRU

Puspakom Sedia Beri Kerjasama dalam Siasatan Kemalangan Trak FRU

May 15, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PUSAT Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) menyatakan komitmen penuh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan berhubung kemalangan tragis yang meragut nyawa sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak.

Dalam satu kenyataan rasmi, Puspakom memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang berjalan sebagai menghormati proses siasatan serta keluarga mangsa yang terlibat.

Puspakom turut menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan terutama di platform media sosial. Mereka mengigatkan bahawa penyebaran spekulasi boleh mengganggu kelancaran siasatan dan berpotensi menyebabkan lebih banyak tekanan kepada keluarga mangsa.

Justeru masyarakat diminta untuk memberi ruang sepenuhnya kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mereka secara profesional dan berintegriti.

Kenyataan itu juga menekankan bahawa maklumat yang tidak tepat bukan sahaja menimbulkan kekeliruan, malah ia boleh memburukkan lagi situasi dengan menimbulkan kesedihan yang tidak sepatutnya kepada waris mangsa.

Puspakom berharap agar masyarakat bersabar dan menunggu pengesahan maklumat daripada pihak berwajib melalui saluran yang sah.

Sebelum ini, pihak media telah melaporkan satu insiden yang berlaku pada jam 8.50 pagi yang melibatkan trak dinaiki 18 anggota FRU dari Unit 5, Sungai Senam, Ipoh, telah bertembung dengan lori bermuatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampan, Teluk Intan.

Ketika kejadian, kesemua anggota terlibat sedang dalam perjalanan pulang selepas menyempurnakan tugasan sempena sambutan perayaan Chitrapournami di kawasan itu.

Kemalangan yang terjadi telah mengakibatkan sembilan anggota maut di tempat kejadian.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kemalangan maut, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my